Hidap Kanser Tahap 4, Video Ayah Kutip Rambut Gugur Anak Undang Sebak Ramai

Tiada seorang pun ibu atau bapa yang sanggup melihat anaknya derita sakit apatah lagi jika tahu cahaya mata menghidap barah.
Iospital phone repair gombak
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang budak perempuan bernama Lily Rose menghidap neuroblastoma tahap 4 mencuri perhatian ramai.

Difahamkan, ia merupakan barah yang bermula daripada perut dan kini telah merebak ke bahagian tubuh yang lain.

Menurutnya, 2 tahun lepas, Doktor memaklumkan jangka hayat Lily sudah tidak lama. Mendengar perkara itu, ibunya sanggup membelikan pakaian, keranda serta tapak kubur untuk anak kesayangannya.

Pun begitu, berkat semangat Lily yang kuat, kini dia masih bertahan pada usia 7 tahun.

Tidak dapat dinafikan, proses rawatan barah bukanlah mudah dan ianya sangat mencabar serta mempunyai kesan sampingan tersendiri.


Menerusi salah satu video yang tular, kelihatan ayahnya sedang mengusap rambut gugur hasil proses kemoterapi.

Walaupun berdepan dengan situasi sukar, wanita ini akui suaminya merupakan ayah yang terbaik buat Lily dan melakukan sedaya upaya untuk melihat anaknya tersenyum.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen sebak melihat suaminya mengusap lembut rambut anak sekaligus mendoakan kesihatan Lily.

Bukan itu sahaja, netizen juga berharap agar wanita ini dan suaminya terus kuat menghadapi ujian tersebut.

Antara komen warga maya:

“You can see the pain in his eyes..”

“Paremts who go through this.. you are the biggest hero”


“Stay strong.. she needs you to be strong”


Perkongsian yang tular:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lily Rose Diaz (@liveforlilyrose)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lily Rose Diaz (@liveforlilyrose)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lily Rose Diaz (@liveforlilyrose)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lily Rose Diaz (@liveforlilyrose)

Sedihnya tengok ayah dia usap sikit demi sikit rambut anak sambil tahan air mata tapi masih tersenyum agar anak terus kuat..