Selamba Buang Gula-Gula Atas Pentas, Aksi Shila Amzah Undang Kecaman Netizen

Bergelar artis bukanlah satu perkara yang mudah dimana mereka perlu menunjukkan contoh dan tauladan yang baik kerana mereka merupakan individu yang ‘berpengaruh’.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang penyanyi tersohor iaitu Shila Amzah atau nama sebenarnya Nur Shahila binti Amir Amzah dikatakan membuang gula-gula di atas pentas udang kecaman ramai.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh dirinya sendiri di laman Instagram, penyanyi itu sedang menyanyikan lagu berjudul Khilaf Asmara pada Konsert Merdeka 65. Namun ketika di tengah persembahan, Shila dilihat mengeluarkan sesuatu dari mulutnya dipercayai gula-gula lalu membuangnya di atas pentas.


Bagaimanapun, difahamkan Shila tampil memohon maaf atas tindakannya itu dan memaklumkan bahawa dia baru sahaja sihat daripada sakit.

“Sorry sebab lupa buang gula-gula again. Akibat demam, makan ubat batuk, selsema dan panadol lepas tu minum kopi pukul 11.30 malam.”

Namun apa yang mengejutkan orang ramai adalah itu bukan kali pertama dia dia melakukan perkara itu malah pernah mengeluarkan gula-gula ketika di peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-36 tahun lalu.

Meninjau diruangan komen, rata-rata warga netizen memberikan pandangan masing-masing berkaitan itu tersebut.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang berharap agar Shila dapat mengubah ‘perangai’nya itu dan tidak lagi membuang gula-gula di atas pentas.

Antara komen warga maya:

“Adui perangai.. genggam jela dulu.. takyah la buang merata..”

“Attitude”


“Pada dia dah professional sangat dah kalau gituu”

“Nak jadikan trademark ke macam mana ni?”

“Sekali dah lah.. masuk 2 kali siapa nak layan”

Video yang tular di laman Instagram:

@yazidyacob08 Bila ko lupa nak buang gula2 masa perform 😹 😹😹 kali ini terbang ye gula2 tu 🤣🤣🤣 Bertabahlah abg yg kutip tu 😅 #shilaamzah #shilalas #khilafasmara #fyp #foryoupage #fypdongggggggg #fypシ゚viral #fypシ ♬ original sound – Yazid Yacob