Jalan rosak boleh membahayakan nyawa pengguna jalan raya. Kalau tidak dibaiki dengan betul, boleh mengundang maut.
Jalan rosak yang wujud di tengah-tengah jalan raya seperti bertampal, tidak rata dan bertakung sering dihadapi pengguna jalan raya ketika ini.
Walaupun aduan sudah banyak kali dibuat, tindakan yang diambil seolah-olah sambil lewa dan tidak memikirkan keselamatan orang lain.
Beberapa hari lepas seorang pengguna Twitter, @yunus_unus96 telah memuat naik sebuah video menunjukkan keadaan jalan berlubang yang ditampal di Duke Highway secara acuh tak acuh sahaja.
Kecuaian pihak bertanggungjawab tersebut telah telah menyebabkan sepupunya berada di unit rawatan kritikal (CCU) ketika ini.
Video yang tular di laman Twitter
My cousin in CCU right now bcoz of this bullshit patching work. location Duke Highway pic.twitter.com/S4UXrRayWQ
— phD.. (@yunus_unus96) April 29, 2022
Kerja baik pulih jalan raya yang dibuat umpama tidak ikhlas itu ternyata menimbulkan amarah ramai warga Twitter.
Malah video memaparkan mereka hanya menutup lubang dengan sekeping besi padahal kerosakan yang berlaku di atas jalan tersebut amat serius!
Menjengah ke ruangan komen, ada yang kata lubang tersebut sudah hampir seminggu dibiarkan begitu.
Ada juga yang turut berkongsi pengalaman yang sama di mana mereka terlibat dengan kemalangan di kawasan berkenaan.
Dalam pada masa yang sama, netizen berkongsi tip cara untuk meminta pampasan daripada DUKE Highway atas kecuaian mereka.
Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di Twitter
Jangan lupa mintak pampasan! https://t.co/HfgakASMPO
— Izzatul Nazmeen (@NazmeenAmin) April 30, 2022
THE SAME SPOT I KENE PAGI RABU 27/4/2022. PECAH TANGKI MINYAK KERETA AKU WEH. Aku tak kesah, mmg aku claim segala kos repair dekat DUKE HIGHWAY. Ni baru kereta rosak, Allahu semoga cousin awak cepat sembuh and we fight together case ni 😠 pic.twitter.com/wO50cUOSvB
— Ezzal (@ezzalyana_) April 30, 2022
Wtf weyh depa ni mmg makan gaji buta ka… Bapak bahaya… Serupa tampal duct tape ja… Haish makin jahanam lh pentadbiran Malaysia… Byr tol and tax utk maintain jln smua… Ends up buat kerja srupa monyet buat… Saman jgn x saman
— Amir Afiq 🏴 (@amirafiq73) April 30, 2022