“Ayah niaga naik motor” Hadiahkan Bapa Kereta Untuk Mudah Berniaga, Gadis Ini Raih Pujian Netizen

Anak mana yang hendak melihat kedua ibu bapa mereka susah bukan? Pastinya, meringankan beban dan melihat mereka tersenyum adalah impian setiap anak.

Manakan tidak, ibu bapa sudah banyak berkorban masa, wang ringgit serta perhatian kepada anaknya dan tidak salah jika anak pula yang berjasa terhadap ibu bapa apabila meningkat dewasa.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang anak perempuan memberikan hadiah kepada ayahnya mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @wannyzulkifli6, kelihatan mereka berada di ruang tamu dan dia memberikan ayahnya sebuah kotak untuk dibuka.

Dapat kita lihat, di dalam kotak tersebut terdapat kunci kereta buat ayahnya yang difahamkan sebelum ini hanya menggunakan motorsikal sahaja untuk berniaga.

Melihat hadiah tersebut, bapanya terus memeluk anaknya dan menitiskan air mata kegembiraan malah gadis ini juga akui ayahnya itu merupakan seorang yang garang serta jarang untuk melihatnya menangis.

“Saya pun bukan orang senang tapi hajat saya nak senangkan ayah berniaga.. ayah berniaga naik motor dengan barang niaga yang penuh.. maaf ambil masa yang lama untuk senangkan ayah sikit..” ujarnya di ruangan kapsyen

Berkongsi lanjut, dahulu mereka pernah hidup susah sehinggakan ayah kepada gadis ini sanggup untuk tidak makan demi mengutamakan anak-anaknya.

“Jarang nak nampak ayah menangis sebab ayah jenis garang.. dulu kita susah sama-sama.. ayah tak makan sanggup bagi anak-anak makan dulu..”

Gadis ini juga memaklumkan dia cuma membelikan ayahnya kereta terpakai sahaja kerana tidak mahu berhutang dengan bank.

Dalam video yang sama, gadis ini juga menghadiahkan ayahnya sebiji kek yang di dalamnya terdapat sejumlah duit apabila ditarik.

Video yang tular di laman TikTok:

@wannyzulkifli6saya pun bukan org senang tapi hajat saya nk senangkn ayah berniaga .. ayah berniaga naik moto dengan barang niaga yg penuh .. maaf ambil masa yg lama untuk senangkn ayah sikit ..

♬ bunyi asal – Wanny Zulkifli

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagun dengan sikap gadis ini yang melakukan apa yang termampu untuk meringankan beban kedua ibu bapa tercinta.

Bukan itu sahaja, malah para netizen juga mendoakan agar gadis ini dimurahkan rezeki asbab tidak berkira dengan keluarga tersayang.

Berikut merupakan komen warga maya:

“jaranglah air mata ayh nk mengalir depan anak, tapi sekali keluar, kita pun naik sebak, semoga dipermudahkan urusan”

“anak yang baik.. hati seorang ayah susah kita nak tau.. sebab seorang ayah sanggup tak makan demi family..”

“saya pula emo tiba2 je air mata mengalir..”