Sangka Tidur Lama Kerana Penat Bermain, Bayi Tiada Simptom Meninggal Gara-Gara Wabak C-19

Ibu bapa mana yang sanggup melihat anaknya dijemput ilahi sebelum mereka menutup mata? Baik pasangan yang baru bergelar ibu bapa mahupun yang lama.

Mana- mana ibu bapa sudah pasti ingin melihat anak-anak membesar dengan sihat dan baik seperti yang dirancang.

Sungguh menyayat hati, tular baru- baru ini apabila seorang bayi perempuan maut akibat terkena virus pandemik.

Kisah sedih ini sempat dikongsi oleh ibu bayi yang bernama Aurelia Adreena iaitu Aainaa Mazlan.

Anak bongsu itu dikatakan telah kembali ke rahmatullah pada pada bulan ramadan ini iaitu 12 April yang lalu.

Arwah dilahirkan pada 10 Disember 2021 dan sempat berada di pangkuan keluarganya hanya selama 4 bulan dan 2 hari sahaja.

Apa yang membuatkan Aainaa lebih terkesan dengan pemergian anaknya itu adalah kerana Adreena langsung tidak menunjukkan sebarang simptom yang merisaukan seperti pesakit-pesakit C-19 yang lain.

Pada mulanya Aainaa membawa anak-anaknya keluar sambil ditemani oleh ibunya. Menurut Aainaa Adreena pada saat itu dalam keadaan baik sekali. Malah siap boleh bermain dengan abangnya.


Pada pukul 5, ketika Aainaa mengejutkan anaknya yang sedang tidur itu untuk memberikan susu, bayi itu tidak memberi sebarang respon.

Cemas dengan apa yang berlaku, wanita itu dan suaminya bergegas ke klinik berhampiran.

Sementara mereka menunggu ambulans, doktor tak henti-henti memberikan CPR kepada Adreena kerana kata doktor bayi tersebut tidak bernadi lagi.


Dalam pada rasa cemas, Adreena sempat membuka mata seketika saat itu, sedikit sebanyak memberi harapan kepada keluarganya yang dia masih boleh bertarung dengan virus itu.

Sesampai keluarga itu di ICU, doktor menanyakan jika ada di antara mereka yang dijangkiti penyakit pandemik itu. Namun jawab Aainaa tiada.

Pun begitu, doktor memberitahu anaknya itu didapati positif C-19 setelah melakukan swab test.
Wanita itu terkejut kerana anaknya langsung tudak sakit tapi sangat ceria!

Tak lama kemudian Aainaa dikejutkan dengan berita duka di mana anaknya Adreena telah kembali ke penciptaNya. Walaupun pihak hospital sudah sedaya upaya menyelamatkan anaknya, tuhan masih menyayangi bayi itu.

Aainaa reda dan turut berkongsi anaknya telah selamat dikebumikan mengikut prosedur.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersimpati dengan ujian yang diturunkan kepada keluarga ini.

Netizen turut mendoakan yang terbaik buat keluarga Aaina Mazlan serta memberi kata-kata semangat agar mereka terus tabah menghadapi ujian.