Cermin Tingkap KTM Selalu Nampak Retak, Lelaki Kongsi Ada Yang ‘Gatal Tangan’ Buat Ramai Netizen Terkejut

Tidak dinafikan, ramai yang lebih gemar menggunakan pengagkutan awam seperti bas, teksi, lrt dan sebagainya.

Bukan apa, sudah lah lewat nak pergi ke kerja, satu hal pula nak tempuh jem. Terkadang isu bayar parking yang mahal pun boleh jadi penyebab utama ramai memilih pengangkutan awam apatah lagi jika bekerja di tengah-tengah bandaraya.

Pun begitu, bagi pengguna setia KTM, pasti kita selalu perasan ada cermin yang kelihatan retak setiap kali menaiki komuter kan? Hairan juga bagaimana perkara tersebut boleh terjadi.

Namun, tanda tanya tersebut kini sudah terjawab apabila seorang lelaki yang merupakan konduktor kepada KTM tampil mendedahkan bagaimana ianya boleh terjadi dan apa puncanya.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pegguna TikTok @redzuanmanaf87 atau lebih mesra disapa paksu memberitahu bahawa cermin retak yang selalu dilihat di tren itu adalah berpunca dari tindakan segelintir individu yang gatal tangan membaling batu ke arah komuter.

Dia juga berpesan kepada penjaga agar lebih memantau anak-anak kerana kejadian yang berlaku hampir setiap hari itu rata-rata berpunca daripada kanak-kanak.

“paksu rasa nak marah tapi kena sabar hampa. Sebab banyak sangat orang yang gatal tangan duk maii baling batu kat tren paksu ni haa. Tak puas hati dengan paksu kita semuka. Jangan sakitkan tren paksu ni ya. Dia sakit paksu pun terluka. Paksu merayu hampa na. Ini harta kita. Kita jagalah sama-sama. ” ujarnya

Video yang tular di laman TikTok:

@redzuanmanaf87 Reply to @maggiayam8 paksu rasa nak marah tapi kena sabar hampa. Sebab banyak sangat orang yang gatal tangan duk maii baling batu kat tren paksu ni haa. Tak puas hati dengan paksu kita semuka. Jangan sakitkan tren paksu ni ya. Dia sakit paksu pun terluka. Paksu merayu hampa na. Ini harta kita. Kita jagalah sama-sama. 👮🏻‍♂️👍❤️ #fypシ #fypage #foryou #foryourpage #fypシ゚viral ♬ original sound – RedzuanManaf87

Ketika artikel ini ditulis, video tersbeut telah meraih 240.5K tontonan, 24.4K tanda suka, 661 komen dan 164 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen tidak menyangka cermin yang retak selama ini terjadi angkara ada yang ‘gatal tangan’ baling batu ke arantren.

Antara komen warga maya: