Pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew bakal membuka 10 cawangan pasaraya yang diberi nama ElewMart di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
Cawangan pertama bakal dibuka esok
Beliau yang berkongsi luahan hatinya yang pernah bercita-cita untuk mempunyai pasaraya akhirnya tertunai apabila pembukaan cawangan pertama pasarayanya akan berlangsung esok di Bangi.
Bahagia bila dapat lihat senyuman orang lain
“Dari perniagaan lain yang sedang berjalan. Syukur Allah beri kekuatan untuk buka Elewsmart .Kadang rasa penat. Tapi penat itu bahagia bila dapat lihat senyuman orang lain”.
BACA: Ebit Lew Sibuk Dengan Pembukaan Kedai, Ini Lokasi 10 Cawangan ELewsMart2020
“Itulah ubat hati ini. Bahagia dalam berjuang. Terima kaseh Allah beri perasaan syukur ini. Tenang, sejuk bahagia di hati”.
Terima kasih Allah atas nikmat ini
“Terima kaseh ya Allah atas nikmat ini. Kabulkanlah cita-citaku semenjak kecil lagi untuk bantu lebih ramai orang dan adi asbab kebaikan”.
18 Julai Bandar Baru Bangi dan 19 Julai TTDI Grove Kajang. Seterusnya minggu depan 8 cawangan lain.
Menerusi Instagram pula, beliau turut memuat naik video yang memaparkan beliau sedang mengimbas harga barang-barang yang bakal dijual dengan harga yang murah pada pembukaan esok.
Jumpa saya disana
“Pohon doakan Elewsmart yer. Sabtu pembukaan Elewsmart Bandar Baru Bangi 18 Julai 2020 dan 19 Julai di Kajang”.
“Jumpa saya di sana yer. Semoga menjadi asbab kebaikan, ebitlew Elewsmart Saudaraku Murah”
Disamping itu, beberapa posting turut di muat naik di Instagram mengenai progres pembukaan pasarayanya.
Setiap cawangan ada Food Bank untuk orang memerlukan
“Doakan yer, terima kaseh mendoakan ElewsMart. Dah semakin hampir hari pembukaan ElewsMart 10 cawangan”.
“Tak sabar setiap cawangan ada Food Bank untuk orang yang memerlukan dan ingin beri. Dan akan letak harga murah”.
“Ya Allah berkatilah usaha ini. Berkati dan rahmatilah semuanya. Jadi asbab kebaikan buat semua”.