“Tinggal rangka” 42 Hari Hilang Tanpa Berita, Akhirnya Adik Ditemui Tidak Bernyawa Pada 2 Ramadhan

Penantian satu keluarga berakhir apabila mereka dikhabarkan kehilangan salah seorang anggota keluarganya mungkin mempunyai kaitan dengan penemuan mayat seorang lelaki.

Penemuan mayat seorang lelaki yang sudah tinggal rangka ditemukan di dalam longkang di tengah-tengah Lebuhraya Utara Selatan.

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar, berkata mayat lelaki berusia 20-an yang berasal dari Durian Tunggal, Alor Gajah, Melaka.

Mayat itu dijumpai orang awam di Kilometer 281.8 arah utara lebuhraya itu kira-kira jam 12 tengah hari sebelum memaklumkan kepada pihak polis.

Satu mayat lelaki telah tingga rangka ditemui

“Siasatan di tempat kejadian telah menemui satu mayat disyaki lelaki yang telah tinggal rangka dalam keadaan terlentang” lapor Berita Harian.

“Mayat itu masih lengkap berpakaian t-shirt dan seluar panjang berwarna hitam dan mayat juga masih memakai topi keledar”.

Mayat itu ditemui dalam longkang yang lebar lebih kurang dua kaki setengah (0.76 meter) dan longkang itu terletak di tengah-tengah lebuh raya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Satu beg pinggang turut ditemui di sisi

Sementara itu menurut Marzukee, satu beg galas dan satu beg pinggang berwarna hitam turut dijumpai di sisi mayat itu.

“Pemeriksaan juga dibuat ke atas beg pinggang yang dipakai si mati telah menemui satu kad pengenalan dan lesen memandu serta wang tunai lebih kurang RM150 dipercayai milik si mati”ujar beliau lagi.

Namun begitu, tiada kenderaan ditemui berhampiran dengan tempat kejadian yang boleh dikaitkan dengan mayat yang ditemui ini.

Adik telah ditemui tidak bernyawa

Menerusi satu perkongsian seorang pengguna yang dikenali sebagai Ain Alaudin memuat naik mengenai kisah kehilangan adiknya yang akhirnya ditemui dalam keadaan yang sayu.

Kali terakhir ditemui pada 13 Mac 2020 

Bercerita lanjut, kakak kepada mangsa turut bercerita mengenai kehilangan adiknya itu yang mana kali terakhir dilihat pada 13 Mac 2020.

“Kali terakhir melihat kelibatnya pada 13 Mac 2020 lebih kurang jam 8.30 malam. Arwah minta izin kat ayah ibu nak ke kampung kawan sekerja di Tangkak”.

“Ayah dan ibu dengan izin melepaskan arwah pergi. Dua hari kemudian ibu telefon tapi tak di jawabnya. Ibu bersangka dia baik-baik saja”. 

16 Mac arwah tidak datang kerja

“Pada Isnin 16 Mac 2020. Pagi, ibu telefon Ijam (sepupu) yang sama tempat kerja, sebab nak tau keadaan arwah”tulisnya lagi.

“Pastinya arwah tak datang kerja. Kebiasaannya walau macam mana lambat dia tetap balik rumah”.

Selidik punya selidik rupanya arwah ke Ampang seorang diri. Kawan dia di Ampang adalah orang terakhir yang jumpa dengan arwah”.

Aduan polis dibuat sehari sebelum PKP

“Aduan polis telah di buat sehari sebelum PKP. Usaha kami untuk mencari arwah pada mulanya di Hospital Ampang kerana waktu berita kehilangan arwah ditular”.

“Aida (kakak arwah) keluar masuk turun naik Hospital Ampang dan Hospital Seremban untuk buat pengecaman mangsa kemalangan tanpa indentiti tapi tetap tak jumpa”.

“Aida dalam perjalanan balik sepanjang perjalanan memang memandu kereta dengan sangat perlahan sambil memerhatikan di bahu jalan kalau-kalau terjumpa bangkai motor, yang pastinya memang tak jumpa apa-apa”.

Penantian akhirnya terjawab

“Hari berganti minggu,
Minggu berganti bulan,
Selepas empat puluh dua hari,
Dua ramadhan,
Akhirnya terjawab kehilangannya”.

Arwah akan dikebumikan di perkuburan terdekat

“Anggota dari Balai Polis Durian Tunggal datang ke rumah jam 4 petang tadi untuk maklumkan berita penemuan mayat di kilometer 281-282 (anggaran) Highway Nilai – Seremban lebih kurang jam 12 tengahari oleh Peronda Plus”.

“Arwah dibawa ke Hospital Seremban untuk proses bedah siasat. Dijangka Isnin kami akan ke Hospital Seremban untuk menjemput arwah pulang dan akan dikebumikan di tanah perkuburan terdekat”.

AlFatihah

‎. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
‎ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
‎مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞

‎آمــــــــــــــــــين يا رب العالمين

Semoga keluarga arwah tabah menempuh dugaan dan sabar dengan kehilangan ahli keluarga tersayang.