[VIDEO] Warga Asing Redah Dawai Berduri Loloskan Diri Di Kawasan PKPD Selayang

Seperti yang diketahui umum, rakyat Malaysia masih menjalani Perintah Kawalan Pergerakan untuk memutuskan rantaian Covid-19.

Slogan kita mesti menang masih tular di media sosial dan kes baru setiap hari dilihat mencatatkan penurunan.

Pada pukul 5 petang tadi, Kementerian Kesihatan mengeluarkan kenyataan hanya 38 kes baru dicatatkan dan tiada kematian pada hari ini.

Satu video warga asing langgar PKP

Pastinya maklumat ini memberi sinar dan harapan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk merealisasikan slogan kita mesti menang menentang Covid-19 ini.

Namun begitu, ada beberapa kawasan yang masih dipantau dan dijaga rapi oleh Pihak berkuasa untuk memastikan tiada yang melanggar peraturan PKP.

Walaubagaimanapun, satu video rakaman yang menunjukkan seorang individu dipercayai warga asing telah melanggar peraturan PKPD.

Pasang pagar dawai pun masih nak lari

Suspek didakwa cuba lari daripada kawasan yang telah diwartakan sebagai Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan menjadi tular di media sosial.

Kejadian yang didakwa berlaku di Selayang itu memaparkan seorang warga asing berusaha melepasi pagar dawai yang didirikan oleh pihak berkuasa.

Pagar dawai berkenaan dipasang bagi menghalang orang ramai masuk dan keluar daripada kawasan tersebut.

Sanggup redah dawai berduri

“Seorang warga asing dilihat cuba keluar dari apartmentnya melalui dawai berduri yang diletakkan pihak berkuasa dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), dipercayai di Selayang,” tulis Bernama TV di Twitter.

Menerusi video berkenaan, perakam video yang menyedari perbuatan individu tersebut bertindak menjerit ke arahnya mempersoalkan tindakan tersebut.


Walau bagaimanapun, masih tiada sebarang maklumat lanjut berhubung kejadian tersebut.

Semoga semua rakyat mematuhi peraturan PKP dan memberi kerjasama yang baik kepada pihak berkuasa.