Kluster ‘Kayangan’ Tak Jujur Punca Pelakon Adam Shahz Terpaksa Dikuarantin

Baru-baru ini, nama Adam Shahz kembali hangat diperkatakan apabila menjadi frontliner dengan menyertai Angkatan Pertahanan Awam (APM) dalam mengangihkan bantuan kepada para petugas kesihatan. Tugasan-tugasan yang dilakukan sepanjang tempoh PKP ini kerap dimuat naik ke Instagram dan mendapat respon positif daripada warganet. Namun, sejak kebelakangan ini, Adam seakan kurang memuat naik aktivitinya sejak PKP dilanjutkan [...]

Nama pelakon Adam Shahz kembali hangat diperkatakan apabila menjadi frontliner dengan menyertai Angkatan Pertahanan Awam (APM) dalam mengangihkan bantuan kepada para petugas kesihatan.

Adam sentiasa mengemaskini tugasan-tugasan yang dilakukan sepanjang tempoh PKP ini di laman Instagram dan mendapat respon positif daripada para peminat.

Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, Adam seakan kurang memuat naik aktivitinya sejak PKP dilanjutkan lagi. Posting terakhirnya adalah pada 16 April dan selepas itu tiada lagi khabar terkini.

Persoalan tersebut akhirnya terjawab apabila Adam ada berhubung dengan kontak rapat yang individu yang sedang disaring kerana disyaki membawa COVID-19 dan diminta untuk melakukan kuarantin selama 18 hari oleh pihak KKM.

Adam memberitahu dia telah berhubung dengan individu yang sedang disaring namun tidak patuh dengan arahan PKP apabila keluar berurusan dengan orang ramai.

Malah, Adam turut menyertakan sekali surat yang menyatakan dia perlu melakukan kuarantin diri ekoran daripada berhubung dengan individu yang tidak jujur dengan kondisi diri sehingga menyusahkan orang lain.

“Lama tak tengok saya post gambarkan? Sebelum ni saya dikuarantin 18 hari kerana ada contact dengan +ve covid19.

“Saya dikuarantin kerana ada segelintir orang yang tidak patuh dengan SOP saringan. Tak kisahlah siapa pun, once dah buat saringan tak sepatutnya keluar!! Duduk rumah, jauhkan dari contact rapat dengan orang.

“Dah tahu kena saring, boleh pula merayau pergi kerja. Kalau tak sayang nyawa sendiri, atleast sayanglah nyawa ahli keluarga tu. Untuk kluster kayangan, berapa ramai dah frontliner dikuarantin sebabkan kamu.

“Boleh tak jangan berlagak macam dewa, banyak lagi kerja yang kami perlu buat. Kami berjauhan dari keluarga sebab nak bantu kamu, walhal kami ada pilihan untuk STAY AT HOME!

“Perikemanusiaan sikit, waktu genting macam ni kita tak sepatutnya nak LEBIH-LEBIH. Bersyukur atas apa yang TUHAN beri, selebinya tawakal dan doa supaya dihindarkan dari COVID19.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Adam Shahz (@adamshahz) on

Adam juga ada menyebut berkenaan kluster ‘kayangan’ yang telah membuatkan ramai frontliner tumbang akibat sikap mereka yang tidak jujur dan mementingkan diri sendiri.

Rentetan daripada perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen di muat naik Adam dengan menghentam perangai tidak jujur dengan kondisi diri.

Para peminat juga menasihatkan Adam supaya berhati-hati dan sentiasa menjaga kesihatan ketika sedang bertugas memberi khidmat kepada seluruh rakyat Malaysia.