3 Warga China Di Malaysia Sah Positif Koronavirus, Ini Kenyataan Menteri Kesihatan

Dunia kini sedang berjaga-jaga dengan penularan wabak Koronavirus yang semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Terbaru Singapura mengesahkan salah seorang warga China yang masuk ke sana sah positif Koronavirus.

8 orang warga China masuk ke Malaysia

Selepas itu, ada diantara warga China masuk ke Malaysia turut di kuarantin dan diperiksa untuk menyekat penularan wabak itu.

Namun begitu, satu berita yang pasti mengejutkan semua adalah 3 orang diantara warga China yang memasuki Malaysia sah positif Koronavirus.

Pada hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesahkan bahawa tiga warga China yang memasuki negara ini melalui Johor Bahru positif dijangkiti novel koronavirus.

3 orang warga China sah positif Koronavirus

Menerusi satu sidang media khas yang diadakan sebentar tadi, Menteri Kesihatan Malaysia, Dr. Dzulkefly Ahmad memaklumkan bahawa, tiga kes positif Koronavirus.

3 individu itu terdiri daripada mereka adalah di kalangan 8 individu warga China yang dikuarantin di sebuah hotel di Johor Bahru.

3 daripada mereka merupakan ahli keluarga dari Wuhan

Selain itu, warga China yang disahkan dijangkiti dengan virus tersebut adalah merupakan ahli keluarga lelaki dari Wuhan, China yang didapati positif bagi virus itu di Singapura.

Seterusnya, ketiga-tiga warga China yang disahkan positif dengan virus tersebut kini dilaporkan telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapat rawatan lanjut.

Penduduk Wuhan dikuarantin

Wabak ini telah dikatakan mula dikesan di Wuhan, China. Bandar itu telah dikuarantin dan penduduk dinasihatkan untuk tidak ke mana-mana.

Beberapa laluan jambatan, pengangkutan awam dan lapangan terbang turut dihentikan sementara buat waktu ini.

Dikatakan penduduk Wuhan kini membanjiri hospital untuk mendapatkan rawatan berikutan penularan wabak ini semakin meningkat.