Suami Isteri Tergamak Tinggalkan Anak Di Airport Selepas Anak Mereka Disyaki Positif Koronavirus

Dunia kini sedang berwaspada dengan penularan wabak koronavirus yang dikatakan sedang merebak ke negara-negara lain.

Difahamkan wabak koronavirus yang kian menular itu dikatakan berpunca dari makanan eksotik.

900 orang positif wabak koronavirus

Setakat ini, dicatatkan 26 kes kematian yang telah direkodkan dan lebih 900 orang yang disahkan positif virus tersebut.

Penularan virus itu dilaporkan bermula di Wuhan dan telah merebak ke beberapa kawasan berhampiran.

Penutupan jambatan, pengangkutan awam dan lapangan terbang

Sehubungan dengan itu, kerajaan terpaksa mengambil langkah penutupan sementara jambatan, pengangkutan awam dan lapangan terbang bagi mengelakkan penularan virus itu.

Seluruh dunia kini dalam keadaan berjaga-jaga dan membuat saringan di semua pintu masuk ke negara masing-masing bagi mencegah penularan wabak itu.

Ini kerana ada golongan yang disyaki membawa virus itu sanggup menggunakan pelbagai helah agar dapat meneruskan perjalanan mereka ke negara yang ingin dilawat.

2 kanak-kanak ditahan kerana mempunyai simpton koronavirus 

Satu kisah yang telah tular berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Nanjing Lukou apabila dua kanak-kanak telah ditahan kerana mempunyai simptom-simptom koronavirus.

Namun begitu, ibu bapa kanak-kanak itu mendesak supaya petugas lapangan terbang membenarkan mereka menaiki pesawat.

3 jam penerbangan tertangguh kerana kekecohan

Mereka hingga sanggup mencetuskan kekecohan dan telah menyebabkan pesawat itu terpaksa menangguhkan penerbangan selama tiga jam.

Malah ibu-bapa kanak-kanak berkenaan menegaskan anak-anak mereka tidak demam seperti yang didakwa oleh petugas.

Suami isteri tinggalkan anak dan berlepas menaiki kapal terbang

Selepas bengang dengan permintaan mereka tidak diendahkan, pasangan suami isteri itu akhirnya masuk ke pesawat dan telah meninggalkan dua anak mereka di lapangan terbang.

Kakitangan lapangan terbang tidak mempunyai pilihan lain dan terpaksa menjaga dua kanak-kanak itu.

Ibu bapa yang tidak bertanggungjawab 

Kisah ini telah tular di media sosial dan mengundang kemarahan netizen yang menyelar suami isteri itu adalah ibu bapa yang paling teruk dan dan tidak bertanggungjawab.

Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, wabak koronavirus masih dalam keadaan terkawal dan kawasan yang dijangkiti adalah terhad.

Walaupun kes itu menunjukkan peningkatan yang mendadak, WHO berpendapat masih terlalu awal untuk mengklasifikasikan wabak itu sebagai kecemasan antarabangsa.

Koronavirus hanya boleh diisytiharkan sebagai Kecemasan Kesihatan Awam dengan Kebimbangan Antarabangsa (PHEIC) sekiranya ia terus merebak.

Tetapi pada waktu ini, virus tersebut hanya dianggap kecemasan di China dan WHO sentiasa memantau perkembangan mengenai wabak itu.