23 Jam Dalam ‘Train’ Akibat Gempabumi, Kisah Jelajah 17 Backpackers Di China.

Pengalaman berada di dalam keretapi selama hampir 23 jam ketika perjalanan dari Chengdu ke Zhangye akibat kejadian gempa bumi adalah suatu pengalaman baru bagi kami seramai 17 orang ketika menjelajah di beberapa bandar di China pada 8-19 September 2018 lepas.

Image may contain: 3 people, people smiling, mountain and outdoor

Kami bermula dari bandar Chongqing dan berakhir di Wuhan. Pengembaraan secara ‘backpackers’ ini adalah suatu pengalaman baru buat segelintir kami khususnya. Mereka juga begitu teruja dan puas menaiki beberapa keretapi laju dari suatu destinasi ke destinasi lain.

Route perjalanan kami seperti berikut, CHONGQING-CHENGDU-MOUNT SIGUNIANG-CHANPING-WOLONG-CHENGDU-XINING-ZHANGYE-XIAN-HUASHAN-WUHAN.

Dan berikut adalah antara lokasi2 tempat menarik yang sempat kami sampai.
1. Shuangqiao Valley, Chengdu
2. Wolong Panda Centre, Chengdu
3. Kuanzhai Alley, Chengdu
4. Wetland Zhangye
5. Grassland Zhangye
6. Danxia Rainbow Mountain, Zhangye
7. Muslim Quarter, Xian
8. Drum Tower, Xian
9. Bell Tower, Xian
10. Big Wild Goose Pagoda Fountain, Xian
11. Terracotta Army Museum, Xian
12. Mount Huashan, Xian Shuangqiao Valley, Mt Siguniang

Lembah terpanjang dari 3 lembah yang terdapat di lembah Four Sisters Mountain ini.
1. Shuangqiao Valley
2. Haizi Valley
3. Changping Valley

Image may contain: mountain, sky, cloud, outdoor and nature

Kami hanya sempat menjelajah di lembah Shuangqiao memandandangkan jalur laluan yg mudah dan ada antara kami yg tidak berapa fit untuk berjalan lama. Perjalanan berjalan kaki akan menjadi mudah kerana terdapat laluan2 kayu yang dibina dan dijaga rapi disepanjang 15km laluan kami berjalan. Ketinggian yang berjaya kami catat ketika itu, kami telah pun berada diparas 3808m. Ada antara kami telah pun menunjuk simptom2 AMS.

AMS – Altitude Mountain Sickness

Simptom atau penyakit ini mmg amat ditakuti oleh semua para pendaki gunung.
Antara penyebab ada antara kami terkena serangan simptom AMS adalah kelewatan untuk sampai di penginapan kami ketika perjalanan dari bandar Chengdu ke pekan Rilong. Ianya akan menyebabkan kepala akan pening2 dan terasa mual dgn keadaan yg amat tidak selesa. Badan juga akan menjadi tidak stabil.

Image may contain: 9 people, people smiling, people standing, child, outdoor and nature

Melalui pembacaan, apa yang dipanggil “Acclimatization” adalah dengan membiarkan badan menyesuaikan diri dengan ketinggian tertentu sebelum mendaki ke ketinggian yang lebih, ianya sangat penting. ‘Altitude sickness’ ini juga boleh membawa kepada ‘High Altitude Pulmonary Edema’ (HAPE) atau ‘High Altitude Cerebral Edema’ (HACE) dan ianya boleh membunuh. Jadi pastikan anda menyesuaikan diri awal ditempat tinggi sebelum melakukan sebarang aktiviti.

Wolong Panda Centre, Chengdu

Selain terdapat di bandar Chengdu, ini adalah satu lagi tempat menarik untuk anda saksikan aksi panda2 liar yang ditempatkan disini. Lokasi yang jauh antara penyebab kurangnya jumlah pelawat ketika kami datang kesini. Perjalanan 2 jam dari bandar Chengdu untuk kelokasi ini. Terdapat pengangkutan bas awam yang akan sampai kesini dengan jadual perjalanan terhad.

Image may contain: plant and outdoor


Image may contain: 2 people, people smiling, mountain and outdoor

Kuanzhai Alley, Chengdu

Lokasi ini terletak di tengah2 bandar Chengdu. Seperti di bandar2 besar yang terdapat di China, banyak bangunan2 lama yang dijaga rapi dan dikawal selia begitu baik untuk pelawat luar datang melawat.

Wetland, Zhangye

Kalau di Malaysia ianya seperti berada di Paya Indah Wetland. Tapi pemandangan disini amat cantik kerana kawasan tasiknya dan terdapat beberapa pondok menarik. Ramai penduduk tempatan datang beriadah disini sambil melihat gelagat kumpulan kami bergambar.

Image may contain: one or more people, mountain, sky, outdoor, water and nature

Kangle Grassland

Terletak di bahagian utara bandar Zhangye dan mengambil masa sekitar 2 jam untuk sampai ke kawasan hijau ini. Ianya juga terletak berhampiran Danxia Landform.

Jadi rancang dengan betul perjalanan anda untuk dua kawasan menarik ini. Kesejukan yg sgt melampau disini mengakibatkan kami tidak mampu bertahan lama untuk berada diluar dan mengambil gambar.

Image may contain: 8 people, people smiling, outdoor

Image may contain: 1 person, smiling, mountain and outdoor

Danxia Landform, Zhangye.

Ini antara “wishlist” pengembaraan kami pada kali ini. Terdapat 4 buat pelantar dengan keadaan bukit bukit pelangi semulajadi yang berbeza2. Kami amat bertuah kerana datang melawat ketika waktu matahari hamper terbenam dengan cuaca yg sangat baik. Warna warni ini adalah kejadian semulajadi oleh penciptaNya.

Image may contain: 1 person, smiling, mountain, sky, nature and outdoor

Image may contain: mountain, outdoor and nature

Xian

Tidak perlu diperkenalkan lagi dengan bandar menarik ini. Kami sempat beberapa malam disini dan antara aktiviti wajib ketika berada di “Muslim Street” adalah makan dan makan!

Image may contain: 9 people, people smiling

Selain itu ada lagi beberapa tempat menarik yang boleh anda datang seperti Drum Tower, Bell Tower, Great Mosque dan Big Wild Goose Pagoda Fountain.

Pertunjukan air selama 30 minit Big Wild Goose Pagoda Fountain ini adalah pertunjukkan air sangat menarik untuk ditonton. Dan tidak ketinggalan Musuem Terracota and Army.

Mount Huashan, Xian – Deadliest Hike in the World:

Bagi pengemar aktiviti lasak atau sukan hiking ini adalah antara tempat menarik untuk anda lawati.

Memandangkan keindahan serta gambar, video laluan “PLANK ROAD” ini sedang viral diseluruh dunia dan kami tidak melepaskan peluang untuk menjejak kaki disini.

Dengan menaiki keretapi laju selama 30 minit dari bandar Xian, anda seterusnya perlu menaiki bas yang akan membawa anda kesini.

Terdapat beberapa laluan yang disediakan dan laluan paling menarik adalah melalui dari West Peak. Kami hanya berkesempatan mengunakan laluan North, East dan South.

Jangan terkejut kerana ramai warga2 emas tempatan mereka datang dan cuba mendaki gunung ini. Mereka juga memerhati dan memandang pelik dengan gaya serta warna kulit kami yg pelik.

Untuk sampai dan mencuba laluan paling merbahaya “PLANK ROAD” anda harus menunggu sekitar 2 jam sebelum dapat mencuba. Anda juga harus bijak membahagi masa yang diperlukan disini kerana takut anda dan rakan2 akan tertinggal bas untuk balik ke stesen keretapi dan seterusnya balik ke bandar Xian.

Pengalaman kami lambat turun dari gunung telah mengakibatkan kami berkejaran untuk balik ke bandar Xian.

Sememangnya pengalaman 12 hari mengembara di beberapa bandar di China bersama 17 orang rakan rakan adalah suatu memori indah yang kami tidak akan lupakan. Saya dan rakan rakan lain akan terus mengembara di China pada tahun hadapan.

[su_note note_color=”#d8d0c3″]Artikel ini adalah sumbangan Tuan Nizam Zambari melalui perkongsian emel. Anda boleh mengikuti beliau di Facebook dan Instagram.[/su_note]