14 Keluarga Naik Pelamin, Tetamu Sampai Pening Mana Satu Tuan Rumah

Majlis kenduri kahwin memang seronok kalau dibuat serentak, jimat pun jimat selain dapat berkumpul bersama ahli keluarga yang lain.

Iospital phone repair gombak

Malah, sudah banyak kali kita lihat sesetengah keluarga bersanding serentak bersama adik beradik yang lain untuk mendapatkan suasana meriah.

Begitulah cerita yang bakal dikongsikan pada kali ini apabila seramai 14 sekeluarga termasuk pengantin baharu sama-sama bersanding atas pelamin.

Majlis raikan tetamu sebelah pihak lelaki berkenaan diadakan di Kampung Sungai Tuan Seh, Kota Tinggi pada Jumaat lalu.

Menurut portal Harian Metro, difahamkan kesemua anak menantu Jamil Saimon dan Aminah sepakat mengenakan pakaian pengantin ketika majlis berlangsung.

Malah, perkara itu dipersetujui oleh mereka 6 bulan sebelum tarikh perkahwinan. Yang lebih menarik, ibu bapanya juga setuju untuk kembali menyarungkan busana pengantin mereka selepas 36 tahun berkahwin!

Kakak ipar sulungnya, Norkalsom Alias turut bercerita majlis bermula agak kekok gara-gara ada 7 pasangan mengenakan busana pengantin, ramai tetamu keliru yang mana satu tuan rumah.

Pun begitu, majlis berjalan lancar, sebelum disambung pula majlis sambut menantu pada Sabtu pagi.

Ketika meneropong ke ruangan komen, melihat daripada keakraban keluarga berkenaan, membuatkan sesetengah individu turut ingin membuat perancangan yang sama bersama rakan mahupun keluarga mereka.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di Facebook

“Ni kalau buat jemputan ramai datang”

“Meriah… 1 fmly terus bersanding…🥰🥰


“seronoknya..”

“Seronok semua spoting 😌

Nor Hidayah boleh lah ni jom sanding semua haha”

Video yang tular di laman Facebook