Baru Nak Buat Loan Motor Dah Tak Lepas Bila Dengar ‘Kecek’ Kelantan, Netizen Geram Sikap Pilih Bulu Sesetengah Individu

Selain sifat perkauman antara bangsa, segelintir daripada masyarakat kita nampaknya ‘anti’ dengan sesetengah negeri terutama sekali Kelantan.

Iospital phone repair gombak

Tidak pasti apa puncanya mengapa ramai yang tidak gemar dengan orang yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang ini sehinggakan timbul isu diskriminasi.

Baru-baru ini tular kisah seorang individu menzahirkan rasa kecewanya selepas keinginannya membuat pinjaman tidak diluluskan hanya kerana dia berasal dari Kelantan.

“Aku pun tak tahu apa salah orang Kelantan. Habis la lepas ni orang Kelantan susah nak buat pinjaman,” tulis individu itu di TikTok.

Menerusi video yang dimuat naik, memaparkan mesej suara seorang wanita melalui WhatsApp, dipercayai pekerja yang terlibat dalam urusan pinjaman untuk pembelian kenderaan.

“Maaf tanya, encik orang Kelantan ke? Maaf encik pihak pinjaman tak terima orang Kelantan, minta maaf ya,” kata wanita itu.

Mesej suara itu turut dikongsi semula dalam sebuah group WhatsApp sebelum beberapa individu memberi ulasan tentang diskriminasi yang berlaku.

“Tak lepas (pinjaman) dia nak beli motor. Bunyi orang Kelantan, terus tak boleh,” kata seorang lelaki.

“Kedai lain banyak lagi,” tulis seorang lagi wanita dalam group WhatsApp itu.

Setakat ini, video yang telah mendapat perhatian ramai itu berjaya meraih jumlah tontonan sebanyak 223.4 ribu manakala meraih 7629 tanda suka!

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata terkejut dengan respons pekerja wanita berkenaan. Namun ada juga positif mengatakan isu ini timbul disebabkan orang Kelantan sendiri yang susah membayar hutang.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“siott la..loan pon dah selek sekarang 🗿”

“sbb bg drg org kelantan susah nk byr pinjaman. kawan pernah kena”


“Sebab ore klate .. beli muto loan .. Ambik muto wt balik kg .. dok bayar pah mapuh .. muto lari keda”

“GITUUU JEEE DIAA REJEKK😂”

“mungkin dh biasa diorng tk bayar loan tu dh malas dh nk ambik”

“boss ada kisah silam la tu🤣”

Video yang tular di laman TikTok

@buzy24hourHabis la lepasni orang klantan susah dah nak buat loan😂😂😂♬ bunyi asal – Perantau – F@S

@buzy24hour Membalas kepada @ ♬ bunyi asal – F@S