Ibu Tinggal Sekejap Terkejut Tengok Anak Dan Lencun! Rupa-rupanya Suami Bagi Main Air Pancut

Seperti yang kita semua sedia tahu, cara jagaan anak antara ibu dan ayah memang ada lainnya. Kalau si ibu mungkin akan sedikit over thinking dan meletakkan batasan kepada anak.

Iospital phone repair gombak

Pengawasannya juga lebih strict. Iyalah, mungkin risau terjadi perkara yang tak diingini kepada anak, kan? Namun lain pula kalau dengan si ayah yang lebih bersifat terbuka dan menggalakkan si cilik untuk explore.

Persis satu rakaman yang dikongsikan oleh seorang ibu kepada anak lelaki ini di TikTok, memaparkan si ciliknya basah lencun mengundang dekah warganet!

Menerusi video oleh Najihah Zamani, anaknya yang mengenakan baju t corak belang-belang bersama seluar panjang kelabu dan kasut crocs hijau tiba-tiba basah ketika dibawa bersiar-siar.

Rupa-rupanya, suami wanita ini membawa anak lelaki mereka bermain air pancut di luar shopping mall semasa ketiadaannya. Patutlah anaknya seperti baru lepas mandi!

“Di bawah jagaan bapak selalu end up jadi huru hara macam ni,” tulis wanita ini di ruangan kapsyen.

Susulan kejadian, si ibu yang terkejut melihat keadaan anaknya selepas pulang membeli barang sebentar terus memimpin tangan anaknya untuk pulang dan salin pakaian.

Sejak video berbaur lucu ini dimuat naik, ianya telah berjaya mengumpul jumlah tontonan sehingga mencecah 751 ribu manakala meraih sebanyak 74.5 ribu tanda suka!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata terhibur dengan gelagat budak lelaki comel itu serta mengatakan kepada si ibu biarkan sahaja anak kecil yang baharu ingin meneroka.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh warganet di TikTok

“Takpeee dia enjoy explore😆”

“Jimat dh haa, tkyah g waterpark 😂”

“haha sy pun prnah jtuh kolam, air wrna hijau gitu kt tasik perdana ke titiwangsa, tah tk igt masatu umur 6 thun gitu, terus kena balik masatu, basah😂”

“Kan dah gigil tu 😂”

“Emak p mne mse ni? Hahahahaha”

Video yang tular di laman TikTok

@jijibonkDibawah jagaan bapak selalu end up jadi huru hara mcmni 🙄♬ Originalton – POV’s