Youtuber ‘Prank’ Acah Tampar Wanita di Mall, Netizen Simpati Dua Gadis Berlari Ketakutan

Kebelakangan ini ramai yang mula berjinak-jinak untuk menjadi ‘youtuber’. Namun punbegitu, ada juga yang menghasilkan video dari konten yang tak masuk dek akal.

Sama juga seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang Youtuber yang baru mahu mencipta nama memuat naik satu video pada 7 Oktober lalu.

Menerusi video kontroversi itu, YouTuber yang terdiri daripada dua individu tampil dengan konten dengan acah menampar individu tidak dikenali di sebuah pasar di Kuala Lumpur.

Difahamkan, Youtuber tersebut berada di eskalator dan mengacah mereka yang berada di eskalator bertentangan.

Perbuatan mereka yang jelas menakutkan mangsa yang terdiri daripada dua wanita yang dilihat lari daripada dua YouTuber tersebut.

Dalam masa yang sama, para netizen nyata kurang senang dengan prank yang dihasilkan walaupun YouTuber ini berjaya menemui para mangsa dengan memaklumkan ia hanyalah sekadar prank serta memaklumkan video tersebut sekadar dihasilkan untuk hiburan penonton.

Bukan sekadar menerima kecaman yang bertalu-talu namun video tersebut telah menerima jumlah dislike empat kali ganda melebihi jumlah like yang diterima.

Disebabkan memuat turun konten yang tidak berasas, Youtuber tersebut tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas empat hari video asli dikeluarkan.

“As salamualaikum korang ! Sekali lagi mizan minta maaf bagi pihak mizan , kalau prank video Sebelum ni buat korang tidak berkenan di mata korang, Harap video penjelasan ni korang faham..”

Mereka berkata, tidak ada manusia yang sempurna dan sering kali tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Mereka juga berharap para netizen dapat memaafkan atas tindakan yang dilakukan.

Video tular di media sosial

@juice.myAre you not embarrazzed…. This is really embarazzing…. Follow for more cringe! ##beritatiktok ##newsattiktok ##fypシ ##tiktokmalaysia ##berandatiktok ##prankfail ##midvalley ##youtubermalaysia

♬ original sound – JUICE Malaysia

Meninjau di ruangan komen, pelbagai pendapat daripada warga netizen yang rata-rata marah dengan konten yang tidak berasas youtuber tersebut.

 

“ini lah, semua benda nak ikut. Bila dah buat, minta maaf. tak ada fikir dulu ke sebelum buat?”

“what kind of sorry is this, you dont need to justify your acton if you really sorry bro. embarassing”


Walau bagaimana pun, kes seperti ini bukanlah satu benda yang asing di Malaysia. Harap ini dapat dijadikan satu pengajaran buat para youtuber supaya dapat menilai kesesuaian sesuatu video agar tidak menimbulkan kontroversi kelak.