YB Bukit Mertajam Rasa Sebak , Bantu Seorang Bapa OKU Hilang Mata Pencarian

Hari demi hari, kos hidup semakin tinggi sehingga memberikan impak besar dalam kehidupan orang ramai lebih-lebih lagi untuk orang yang mengalami kekurangan dari segi kewangan dan fizikal. Walau bagaimanapun, mereka masih terus berusaha kuat demi melangsungkan kehidupan mereka.

Memetik laporan Sinar Harian, seorang wakil rakyat tidak dapat menahan sebak apabila motosikal seorang lelaki kelainan upaya (OKU) yang dibantunya telah dicuri.

Difahamkan, motosikal jenama Honda EX5 itu digunakan oleh lelaki tersebut untuk mencari rezeki sebagai penghantar makanan.

Lelaki yang dikenali dengan nama Muadz menjadi tular apabila dia tampil meluahkan perasaan dan masih buntu memikirkan cara untuk meneruskan kehidupan bersama keluarganya kerana motosikal yang telah dicuri itu merupakan satu-satunya kenderaan yang dimilikinya sejak 10 tahun lalu.

Menurut Muadz, dia tidak mampu lagi untuk membeli motosikal baru disebabkan gajinya sebagai penghantar makanan hanyalah sebanyak RM 1,300 sebulan dan dia harus menyara isteri dan anaknya juga.

Dikatakan, kaki Muadz bengkok teruk kerana terlibat dalam suatu kemalangan pada tahun lepas dan kini dia terpaksa menggunakan tongkat untuk bergerak.

Namun begitu demi mencari sesuap nasi buat keluarga, Muadz kuat bekerja.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong dengan kadar segera berjumpa dengan pemuda yang bernama Muadz ini dan lantas menghadiahkannya sebuah motosikal baharu jenis Honda Wave 125i.

Menurut Steven dalam perkongsiannya di laman Twitter, beliau tidak dapat menahan air mata ketika mendengar luahan akan cerita kehidupan seorang insan bernama Muadz.

Steven juga memberitahu bahawa dia amat memahami perasaan seorang bapa yang bersungguh-sungguh mencari mata pencarian buat keluarga.

Gambar pertemuan mereka itu mendapat perhatian warga netizen dan turut tersentuh apabila mengenangkan pengorbanan bapa masing-masing yang sanggup berkorban demi isteri dan anak-anak.

Menjengah di ruangan komen ciapan Twitter Steven, rata-rata netizen mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih kepada beliau kerana sanggup membantu mereka yang berada dalam kesusahan.

 

Antara komen netizen:

“Terima kasih YB. Rakyat will never forget”


“Terbaik tuan…semoga perbuatan baik tuan mendapat balasan yg terbaik utk tuan juga nanti. Syabas..”

“YB selalu tunjuk teladan yg baik sbg MP kawasan. Saya doakan YB murah rezeki, panjang umur dan diberi kesihatan utk terus berjuang demi rakyat. Semoga YB menang next PRU.”

 

Ciapan Twitter Steven: