“Yang rindu boleh marathon kat YouTube” Drama ‘Budak Tebing’ Trending, Amyza Aznan Ucap Terima Kasih

Baru-baru ini, drama Budak Tebing telah mendapat perhatian daripada penonton setia drama tempatan. Drama Budak Tebing ini merupakan sebuah drama yang berkisahkan kasih sayang yang terjalin dalam sebuah persahabatan dan ikatan kekeluargaan. Salah seorang pelakon drama tersebut, Amyza Aznan ada meluahkan ucapan terima kasih kepada penonton drama berkenaan telah menjadi ‘Trending’ di laman media sosial [...]

Beberapa hari ini, drama Budak Tebing telah mendapat perhatian daripada penonton setia drama tempatan dan menjadi trending di media sosial.

Budak Tebing ini merupakan sebuah drama yang berkisahkan kasih sayang yang terjalin dalam sebuah persahabatan dan ikatan kekeluargaan.

Amyza Aznan yang merupakan salah seorang pelakon drama tersebut, telah meluahkan ucapan terima kasih kepada penonton drama berkenaan yang menjadi ‘Trending’ di laman media sosial pada episod akhir yang telah ditayangkan pada Khamis.

“Trending NO 1.#budaktebing Yg rindu boleh marathon lat you tube tauTHANK YOU DARLING!! OK tau korang rindu adam kannn @hauntedsaka05 @_.extremist_saka8._,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KAAIA0606@kaaiaKAAIA (@amyzaaznankaaia) on

Rata-rata netizen memuji drama tersebut yang dikatakan sangat bagus dan penuh dengan mesej tauladan.

Malah, ramai yang masih tak puas dan meminta agar diadakan drama Budak Tebing 2 selepas ini.

Drama hebat ini mengisahkan tentang Arif yang baru pulang dari menjalani hukuman di Henry Gurney atas kesilapan lampaunya. Dia merupakan anak yang bijak dan menjadi kesayangan ibunya Aida, manakala adiknya Yoyol, menganggap Arif sebagai idola. Semasa kecil, dia dan rakan-rakannya banyak menghabiskan masa di sebuah tebing di kampung mereka sehingga mendapat gelaran ‘budak tebing’.

Namun semuanya hanya tinggal kenangan disebabkan peristiwa hitam yang telah berlaku di tebing itu.

Kini, Aida membenci Arif yang dianggap telah menconteng arang di mukanya. Arif mencuba sedaya upaya untuk menebus balik kesilapan lalu tetapi usaha Arif sia-sia.

‘Budak Tebing’ turut menggambarkan kehidupan perit yang terpaksa dilalui oleh Munira (Ira) yang dilahirkan tanpa mengetahui identiti bapa sendiri kerana ibunya bekerja sebagai pelacur.

Ira yang baru mengenali ahli di dalam geng ‘budak tebing’ mula merasakan kehidupan yang lebih baik bersama rakan-rakan dan keluarga angkat yang ikhlas menerimanya.

Tanpa geng ‘budak tebing’ ketahui, Ira sebenarnya menyimpan rahsia besar melibatkan Arif, Tongki dan Yoyol.

Bagi anda yang masih belum menonton cerita ini, bolehlah ke laman Youtube untuk mengetahui kisah selanjutnya.