[VIDEO] “Saya realisasikan permintaan anda” Cover Lagu Aishah Isteri Rasulullah, Siti Nurhaliza Jadi Perhatian

Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa Tok Ti merupakan penyanyi nombor 1 di Malaysia.

Seorang penyanyi yang memiliki suara yang lunak dan mempersonakan, beliau bukan sahaja diminati ramai di Malaysia malah turut diminati di Indonesia.

Selain menyanyi beliau juga merupakan seorang usahawan kosmetik yang diberi nama sempena nama beliau iaitu Simply Siti.

Suara yang lunak dan merdu menyanyikan lagu itu

Penyanyi ini memiliki 7.2 juta pengikut di Instagram dan sering memuat naik perkembangan terbaru beliau untuk dikongsikan kepada peminat disitu.

Terbaru menerusi akaun Instagramnya, beliau telah memuat naik satu video menyanyikan lagu Aishah.

Tok Ti tunaikan permintaan peminat

Selain itu, beliau turut memberitahu ramai peminat meminta beliau menyanyi lagu tersebut.

“Ramai peminat meminta saya cover lagu Aisyah yang sedang diterima baik sekarang ini dan hari ini, saya realisasikan permintaan anda”tulis beliau.

Nyanyian asal dari kumpulan projektor band

Lagu yang berjudul Aishah isteri Rasulullah itu dinyanyikan dengan begitu baik sekali oleh beliau. Penyanyi asal lagu tersebut adalah dari kumpulan Projektor Band.

Terdahulu, Siti Nurhaliza telah dan Datuk K telah bernikah pada 21 Ogos 2006 di Masjid Wilayah Persekutuan.

 

View this post on Instagram

 

Majlis resepsi #hafizxnuna malam semalam .. Terima kasih @rizmanruzaini untuk baju kurung moden cantik ni..

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Selepas itu, beliau selamat melahirkan cahaya mata perempuan sulungnya pada jam 8.17 pagi, 19 Mac 2018 di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur dan menamakan bayi mereka sebagai Siti Aafiyah,