“Yang penting hubungan saya dah halal” PU Abu Sahkan Bernikah di Sempadan Dengan Janda

Akhirnya setelah beberapa minggu mendiamkan diri mengenai status sebenar dirinya, Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan akhirnya sahkan telah berkahwin dengan janda beranak satu..

Menurut PU Abu atau nama sebenarnya Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi, hubungannya bersama wanita yang didakwa menjadi punca dia menceraikan bekas isterinya, Aini Afini kini sudah halal selepas mereka dinikahkan pada awal bulan lalu, lapor mStar.

“Saya tidak akan menafikan yang melihat saya di sempadan 2 Mei lepas. Terima kasih menyebarkan. Yang penting hubungan saya sudah halal,”

PU Abu berkongsi berita gembira itu menerusi sebuah posting di Instastory miliknya pada awal pagi tadi.

 

Penjelasan itu sekaligus mengesahkan maklumat daripada individu yang mendakwa melihat PU Abu bersama seorang wanita dipercayai Hana Azraa berada di Satun, Thailand pada 2 Mei lalu.

Dalam pada itu, PU Abu sempat mengingatkan netizen untuk menjaga hal masing-masing dan berhenti menghukumnya.

“Berhenti mengecam saya seolah-olah hanya saya yang melakukannya. Sila jaga tepi kain masing-masing,” ujarnya.

Posting yang dibuat PU Abu dan Hana Azraa pada Jumaat, 3 Mei lalu.

Pada 3 Mei lalu PU Abu dan Hana Azraa ada memuat naik posting berbunyi “Alhamdulillah” dan “Officially” melalui Instastory masing-masing yang memberi bayangan mereka berkongsi kegembiraan selepas dinikahkan.

Sebelum ini, Abu memuat naik mengenai isu ini membalas reaksi netizen terhadapnya yang dikatakan mengabaikan bekas isteri dan baby yang bakal lahir nanti.

Ramai netizen meluahkan rasa simpati terhadap bekas isterinya yang terpaksa mengharungi sendiri fasa kehamilan dan berhadapan dengan krisis rumah tangga disebabkan kehadiran orang ketiga.

“Kasihan bekas isteri pergi beli barang bayi sorang-sorang. Bukan nak masuk campur cuma saya pun pernah hamil dan tahu rasa macam mana pergi beli barang bayi tak berteman suami” komen netizen.

“Ni tak ada kerja muat naik gambar. Barang keperluan baby dah beli ke belum. Anak bakal lahir tu. Jangan sibuk dengan janda saja,” komen netizen.