[VIDEO] Bukan ‘Makan Hati’, Mia Ahmad Jelaskan Tubuh Susut 43Kg

Pelakon cantik, Mia Ahmad baru saja bergelar ibu beberapa bulan lalu apabila dikurniakan seorang putera bernama Saif Issa.

Penampilannya yang terkini ternyta membuatkan peminat terpesona dengan kelangsingannya seperti anak dara.

Berat badannya sebelum mengandung adalah 48 Kg kini hanya 43 Kg selepas selamat melahirkan anak sulung baru-baru ini.

 

View this post on Instagram

 

A U R O R A by @poplook . #JomRayaWithPoplook #PoplookRaya2019 #poplookootd

A post shared by Mia Ahmad (@mia.ahm4d) on

Apabila ditanya apakah punca fizikalnya susut begitu, Mia dengan tenang menjawab itu adalah hasil usahanya menjaga pantang selepas bersalin dulu.

 

View this post on Instagram

 

#MHnews Kita doakan yang baik-baik sahaja buat @mia.ahm4d

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on

 

Menurut Mia, selepas melahirkan putera sulungnya itu, dia sangat menitik beratkan amalan berpantang dan menjaga pemakanan.

“Saya pantang betul-betul, saya masuk sauna pagi petang sebab memang nak kurus. Sebab waktu saya hamil, berat badan saya naik hingga cecah 20 kilogram, dari 48kg ke 68kg. Jadi rasanya macam besar sangat. Lalu, saya memang pantang betul-betul. Misalnya saya ada kunjungi sauna, bertungku dan sebagainya.”

Sebelum ini, rumah tangga Mia dan suaminya yang juga bintang bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Mohd Izham Tarmizi dilanda badai ketika pelakon itu sedang berpantang selepas melahirkan Saif Issa.

 

View this post on Instagram

 

Post-holiday blues…Take me back to Japan. 😭 Walaupun gambar dalam toilet.. why not, toilet diorang semua bersih k!

A post shared by Mia Ahmad (@mia.ahm4d) on

Mia akui sedang membina semula rumah tangganya bersama Mohd Izham.Dalam nada sebak, Mia bagaimanapun berkata rumah tangganya kini berada dalam fasa pemulihan.

“Maaf… saya tak dapat menahan air mata. Langsung tiada niat untuk membuat sebarang drama. Semuanya telah berlalu namun ia akan mengambil masa untuk sembuh daripada luka sebelum ini,” kata Mia.

Tambah Mia lagi, dia dan Mohd Izham sedang cuba sebaik mungkin untuk membina semua kehidupan mereka sebagai suami-isteri.

Ternyata Mia tidak dapat menahan sebak semasa ditemuramah media.

“Saya cuba sedaya-upaya untuk muhasabah diri apabila perkara ini berlaku walaupun saya tahu manusia boleh lukakan hati kita dalam sekelip mata.

“Namun apa yang boleh saya katakan ialah saya dan suami sedang memperbaiki hubungan kami ke arah yang lebih baik dan cuba memulihkan hati yang pernah terluka,”

Mia dan Izham telah melangsungkan perkahwinan pada 13 Januari 2017 selepas setahun berkenalan dan mereka kini dikurniakan seorang cahaya mata.