“Ya, saya hamil anak kedua, kandungan berusia..” – Siti Nurhaliza

Akhirnya, selepas sekian lama berteka-teki mengenai kehamilan kedua, penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin mengumumkan bahawa beliau hamil empat bulan.

“Alhamdulillah, benar saya hamil anak kedua,” katanya dalam pengumuman sebentar tadi kepada media dalam satu sesi dalam talian.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Ditemani suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, Siti Nurhaliza, 41, berkata, beliau memilih untuk tidak menghebahkan berita gembira ini lebih awal kerana belum sampai masa yang sesuai.

“Memang benar saya berdiam diri walaupun sudah ramai yang meneka dan membuat spekulasi. Ini kerana keadaan tidak mengizinkan, jadi saya dan suami sepakat untuk ambil masa sedikit.

“Alhamdulillah, ramai yang mendokan dan saya amat gembira dan bersyukur. Doakan kehamilan say aini selamat sampai saya bersalin dan Insya-Allah dapat lahirkan zuriat yang sihat,’ ujar Siti Nurhaliza yang sebelum ini dikurniakan anak pertama, Siti Aafiyah yang kini berusia dua tahun.

Diberi kesempatan hamil anak kedua, penyanyi masyhur itu berkata, beliau terbuka untuk menerima kehadiran bayi lelaki atau perempuan.

Menerusi laman Instagram, Siti turut berkongsi berita tersebut dengan memuat naik tiga keping foto.

“Alhamdulillah. Hari ini 1 Disember 2020, saya dan suami membuat pengumuman rasmi mengenai kehamilan saya yang sudah pun berusia 4 bulan.

“Tiada niat untuk berdiam diri selama beberapa bulan ini namun saya dan suami berfikir, apabila tiba waktu yang sesuai, kami tetap akan berkongsi berita ini dengan semua, terutamanya keluarga, saudara mara, sahabat handai, para peminat dan sesiapa sahaja yang mengenali kami.

“Saya memohon doa kalian supaya saya dan bayi di dalam kandungan diberikan kesihatan, dipermudahkan hari-hari saya ke depan ini sehinggalah saat melahirkan nanti.

“Terima kasih sekali lagi kepada kalian yang sangat memahami dan tidak putus mendoakan saya selama ini.

“Saya amat bersyukur di atas kurniaan Allah ini, anugerah yang sangat berharga kerana saya diberi peluang untuk hamil selepas Siti Aafiyah berusia dua tahun lebih.

“Alhamdulillah. Terima kasih semua dan doakan saya ya!”

Sebelum ini desas-desus penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sedang hamil anak kedua menjadi perbualan netizen.

Sejak beliau mengambil keputusan berehat, spekulasi isteri Datuk Khalid Muhd Jiwa ini sedang hamil anak keduanya memang sudah diperkatakan banyak pihak.

Malah sebelum ini, dakwaan penyanyi Aku Bidadari Syurgamu itu hamil sempat heboh selepas foto dirinya bersama seorang doktor selebriti dimuat naik dalam akaun media sosial.

Terbaharu, bekas isteri Datuk Seri Khalid, Datin Tengku Zawyah Tengku Izham telah memuat naik foto keluarga ketika menyambut ulang tahun kelahiran menantu, Alyssa Hisham.

Majlis yang diadakan di sebuah restoran itu membuat netizen kembali memperkatakan tentang penampilan terbaharu penyanyi kesayangan ramai ini.

Banyak yang mendakwa, Tok Ti kelihatan lebih berseri dan sedikit berisi dengan bentuk badan yang seakan mempunyai baby bump.

Penampilannya berbaju biru dan tersenyum mengusap perut saat dirinya dirakamkan dalam sebuah video pendek juga mencuri perhatian adakah Tok Ti sedang berbadan dua.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by teezac (@teezac)

Terdahulu, Tok Ti dan Datuk K dikurniakan anak perempuan Siti Aafiyah pada tahun 2018 melalui persenyawaan in-vitro (IVF).

Selepas Siti Aafiyah kini berusia dua tahun, Tok Ti sekitar bulan Februari lalu ada mengaku  akan kembali menjalani rawatan IVF dalam usahanya memperoleh zuriat kedua.