[VIDEO] “Tak pernah miss mintak sejadah,” Sahabat Dedah Rahsia Haqiem Rusli Murah Rezeki

Haqiem Rusli atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli merupakan seorang penyanyi, komposer, penulis lirik dan pelakon lelaki Malaysia.

Haqiem mula mengorak langkah dalam dunia hiburan setelah menjadi naib juara pertandingan nyanyian kanak-kanak Idola Kecil musim pertama.

Naib juara Idola Kecil musim pertama

Bakatnya kian menyerlah apabila hampir semua lagunya mendapat sambutan hangat dari pendengar.

Malah, penyanyi ini turut berbakat menghasilkan lagu dan lirik yang sampai ke hati pendengar.

Pemenang termuda Anugerah Bintang Paling Popular

Bakat dan suaranya yang memukau penonton membuatkan dia diantara penyanyi yang sering tercalon dalam Anugerah Juara Lagu setiap tahun.

Selain itu, kejayaan Haqiem Rusli sebagai pemenang termuda memenangi Anugerah Bintang Paling Popular (ABPBH) ke-33 pada bulan lalu nyata mengejutkan ramai.

Penyanyi ini sering dipuji peminat kerana mementingkan hal agama

Namun melihat pencapaiannya dalam industri dan sokongan peminat yang kuat menunjukkan Haqiem memang layak menggondol anugerah tersebut.

Bahkan, penyanyi berusia 22 tahun itu sememangnya diminati ramai apabila sering dipuji oleh peminat kerana mementingkan hal agama.

Haqiem Rusli tidak tinggal solat

Menerusi satu perkongsian di aplikasi Tiktok, seorang pengguna bernama Jay Jusin berkongsi sebuah video menyatakan penyanyi lagu Tergantung Sepi itu tidak pernah meninggalkan kewajipan solat.

“Setiap kali datang rumah memang tak pernah miss minta sejadah nak solat. Kekadang tengok kawan solat, tersentuh hati. Harap satu hari nanti dapat solat penuh macam Haqiem,” tulis Jay.

Video tular di Tiktok

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media KL (@mediakl.my)

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji penyanyi ini dan turut mengakui kejayaan yang dimiliki oleh Haqiem salah satunya kerana kepatuhannya terhadap perintah Allah.