“Wow..Terkejut Satu Malaysia” Gimik Baju Siti Nurhaliza Bertukar Dalam 5 Saat Di Pentas AME Buat Ramai Terpegun

Sebut sahaja nama penyanyi tersohor iaitu TokTi, atau nama sebenarnya Dato’ Sri Hajah Siti Nurhaliza Binti Tarudin, pasti ramai yang terngiang-ngiang akan kelunakkan suaranya itu.

Bukan itu sahaja, TokTi juga disegani ramai dek kerana sikapnya yang ‘humble’ dan tidak pernah sombong.

Jarang terpalit dengan kontroversi, penyanyi nombor satu negara itu baru saja mencuri perhatian warganet selepas membuat satu persembahannya di pentas AME.

Manakan tidak, gimik baju Siti Nurhaliza bertukar dalam 5 saat telah membuatkan ramai teruja menyaksikannya.

“Anugerah Meletop Era pada awalnya dijadualkan beberapa bulan lalu, apabila ditangguhkan, saya masih menyimpan baju rekaan @rizmanruzaini kerana baju ini dibuat mengikut gimik yang saya mahu persembahkan.”

“Apabila Anugerah Meletop Era mendapat tarikh baru, saya masih mengekalkan konsep persembahan dan baju yang akan digayakan.”

Tokti juga sempat berseloroh baju tersebut masih muat walaupun telah mengunjungi banyak rumah terbuka semasa perayaan aidilfitri.

“Saya mahu lagu berdurasi hampir 5 minit itu ada impak tersendiri dalam 5 saat dipersembahkan. Nasib baik masih muat lagi walaupun hari-hari ke rumah terbuka raya, makan macam-macam.”

Menurut Tokti, Baju yang tampak elegan tersebut adalah hasil rekaan Rizman Ruzaini dan apa yang lebih menarik adalah dia membuat perubahan busana pada malam tersebut tanpa pertolongan orang lain.

“Kurang 5 saat saya kena lakukan sendiri perubahan ‘costume’ saya.. haaa .. dalam hati kata Ok Ct , Ct boleh lakukan!!”

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum dengan persembahan Tokti apatah lagi dengan busananya yang begitu cantik.

Anatara komen warga maya:

“punya power suara Datuk Seri sampai suara koir pun tenggelam”

“terbaik! ini baru persembahan dan penampilan Siti Nurhaliza”


“Terbaik.. terkejut satu Malaysia”

“Always the best, jarang mengecewakan”

Video yang tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)