“Weh kesiannya..” Akibat Kecewa Kawan Tak Nak Pemain, Pemuda Ini Terus Balik Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Meluangkan masa bersama rakan-rakan sangat menyeronokkan dan masa yang digunakan tidak akan dibazirkan begitu sahaja.

Iospital phone repair gombak

Tidak kiralah muda mahupun sudah berusia, meluangkan masa dengan rakan-rakan sebenarnya ‘best’ dan kadangkala boleh ‘healing’ bersama-sama.

Lebih-lebih lagi apabila kita dapat melakukan hobi atau aktiviti kegemaran kita bersama dengan rakan-rakan kita itu.

Walau bagaimanapun, lain pula kisahnya dengan seorang pemuda sehingga tular di kalangan warga maya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Twitter @aemiruls_ itu, pemuda tersebut bertindak membawa dirinya disebabkan rakan-rakannya itu enggan menukarnya di dalam suatu perlawanan futsal.

Pada awal video, pemuda itu sedang berada di sebuah gelanggang futsal.

Namun tiba-tiba, dapat dilihat pemuda tersebut bertindak beredar dengan menaiki motosikalnya.

Dikatakan, dia sudah pun menunggu untuk menukar pemain akan tetapi rakan-rakannya masih tidak berbuat demikian.

Oleh sebab kecewa, dia pun beredar daripada gelanggang futsal itu.

Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video itu telah mencecah sebanyak 307.2K tontonan, 3415 retweets, 638 quote tweets, dan 8101 tanda suka di laman platform sosial berkenaan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap video yang tular itu.

Antara komen netizen:

Ciapan Twitter yang tular: