“Dah macam kena bom, mesti trauma” 2 Orang Cedera, Pelajar Sekolah Memandu Langgar Bilik Mengajar

Pelbagai ragam yang dapat kita lihat oleh pelajar memandu, ada sahaja benda aneh yang dibuat. Manakan tidak, pertama kali bawa kereta di atas jalan raya pastinya perasaan gemuruh itu ada.

Pun begitu, kemalangan sememangnya tidak mengenal masa dan tempat bahkan boleh berlaku dimana-mana sahaja.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pelajar sekolah memandu tersalah menekan pedal minyak kereta sehingga merempuh sebuah bilik mengajar di pusat tersebut dalam satu kejadian di Pajam, Mantin mencuri perhatian ramai.

Memetik laporan Utusan Online, difahamkan budak lelaki berusia 26 tahun pada ketika itu dalam keadaan tidak sihat.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Mantin, Pegawai Bomba Kanan II, Effendi Rahmat berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut yang membabitkan sebuah kereta jenis Perodua Axia.


“Setibanya di lokasi kami mendapati sebuah kereta sekolah memandu jenis Perodua Axia telah melanggar sebuah mengajar di situ.”

“Bagaimanapun, pelajar sekolah memandu dan pengajar yang juga seorang lelaki berusia 65 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan.”

“Namun terdapat dua orang lelaki yang berusia 22 dan 27 tahun yang berada di dalam bilik tersebut cedera di bahagian kaki dan belakang badan akibat kemalangan itu,” katanya.



Bagaimanapun, kedua-dua mangsa telah diserahkan kepada petugas kesihatan sebelum dibawa ke klinik bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memberikan pandangan masing-masing sekaligus bersyukur tiada kemalangan jiwa dan cedera teruk gara-gara insiden itu.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang sempat berseloroh mengatakan itu adalah ‘amaran’ bagi sekolah memandu supaya tidak menaikkan harga yuran pembelajaran dan latihan pemanduan.

Antara komen wargamaya:

“Semoga dipermudahkan segala urusan.. bukan senang mengajar orang lain yang tak pernah memandu.. risiko sangat tinggi untuk terlibat kemalangan ketika mengajar”

“Ni rasanya dah langgar lepastu undur belakang lepastu langgar balik”

“Bukan kat sebelah pengajar ada padel brek.. patut dah alert cikgu tu tekan brek”

“Mesti lepas ni pelajat tu dah taknak amik lesen lagi.. dah trauma.. kesian dia..”

“Peringatan kepada kelas memandu yang lain supaya jangan sesuka hati naikkan harga kelas lesen memandu..”

“Teruknya macam kena bom pula


Video yang tular di laman Facebook: