Warga Emas Tiada Anak Sebak Sukarelawan Tolong Bersihkan Rumah Selepas Banjir

Selepas beberapa hari fenomena banjir melanda beberapa kawasan di semenanjung Malaysia, kini bantuan untuk mangsa banjir giat dijalankan bagi meringankan lagi beban mereka.

Pelbagai jenis bantuan diberikan dari pelbagai sudut. Ada yang memberikan makanan dan ada juga yang membantu merbersihkan rumah dan kawasan yang terjejas oleh kerana bencana banjir.

Namun kisah kali ini sangat menyayat hati apabila rumah seorang warga emas ipenuhi dengan lumpur serta barang kelengkapan rumah rosak dan tidak teratur.

Sudah tentu, pada usianya begitu, dia tidak mampu untuk membersihkan kediamannya sendirian dan sangat memerlukan pertolongan daripada sukarelawan.

Menerusi sebuah perkongsian yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter @e_pull, dia memaklumkan bahawa dirinya dan rakan-rakan menjadi sukarelawan menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Hulu Langat.

“Harini aku turun Hulu Langat Batu 19 utk tolong apa yg mampu. Rumah makcik ni kami bersihkan sampai makcik ni tak dapat tahan sedih kami tinggalkan. Maaf cik, kami tak ckup masa untuk kemas semuanya, Dia bersuami tapi tak ada anak,” jelasnya.

Sukarelawan tersebut turut memaklumkan bahawa dia dan rakan-rakannya yang lain tidak merancang sama sekali untuk ke rumah makcik tersebut namun hanya kebetulan mereka lalu disitu.

“For clarification, aku & team mmg tak ada plan nak singgah rumah makcik ni, kami kebetulan lalu lorong ni, terus tanya ada apa nak tolong tak.”

“Makcik ni cakap minta tolong bersihkan rumah dia.. then, kami terus stop kemaskan. Jadi, kami tak ada alamat dia. Dipahamkan ni dekat batu 23,”

Apa yang lebih membuatkan netizen bertambah sebak apabila warga emas tersebut tidak dapat menahan airmatanya sewaktu melambai sukarelawan yang membantu membersihkan rumahnya.


Video penuh di laman Twitter:

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga maya memberikan reaksi positif sekaligus berterima kasih kepada hali sukarelawan kerana membantu warga emas tersebut untuk membersihkan rumahnya yang dipenuhi lumpur itu.

Mereka juga memuji sikap murni yang ditunjukkan oleh pemuda dan team tersebut dan berharap agar rakyat Malaysia dapat mengekalkan sikap keprihatinan yang tinggi ini sehingga ke akhir hayat.

Berikut merupkan komen daripada warganet:

Untuk rekod, baru-baru ini negara kita mengalami fasa sukar dan berduka apabila beberapa buah negeri di Malaysia ‘ditenggelamkan’ oleh musibah banjir.

Banyak kawasan yang terjejas terutamanya di kawasan lembah Klang serta ribuan mangsa juga turut terasa ‘peritnya’. Malah lebih menyedihkan, ada juga nyawa-nyawa yang tidak berjaya diselamatkan.

Dapat kita lihat menerusi video-video yang tersebar di media sosial dimana terdapat tanah runtuh, penutupan jalan, pokok tumbang, rumah yang ‘lesap’ dibawa arus deras, dan air banjir meningkat sehingga ke paras bahaya dimana kenderaan yang berada di kawasan parkir mahupun di jalan raya tenggelam.

Sama-sama kita doakan semoga roh yang ‘tewas’ akibat banjir dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.