[VIDEO] Tular Klip Dakwaan Warga Emas ‘Culik’ Remaja OKU, Polis Beri Penjelasan

Baru-baru ini tular satu rakaman video mengenai seorang warga emas yang didakwa telah menculik remaja Orang Kurang Upaya (OKU) di media sosial.

Isu berkenaan dilihat telah mencetus kemarahan orang ramai yang berada di tempat kejadian.

Wanita itu masuk ke dalam kereta dan memukul warga emas

Apa yang lebih teruk lagi apabila seorang wanita dilihat telah masuk ke dalam kereta terbabit lalu memukul warga emas berkenaan.

Walau bagaimanapun, Ketua polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed telah mengesahkan bahawa kejadian yang berlaku di Bandar Country Homes, Rawang itu tiada sebarang unsur penculikan.

Warga emas itu hanya menolong remaja OKU itu

Difahamkan, sebenarnya lelaki yang berusia 80 tahun itu hanya hendak menolong remaja OKU itu sahaja.

Jelasnya lagi, hasil siasatan mendapati remaja OKU berumur 16 tahun itu sebenarnya bertindak menahan sebuah kenderaan yang sedang melalui kawasan terbabit.

Ibu tidak menyedari anaknya telah berjalan seorang diri 

Ibu kepada remaja berkenaan tidak menyedari anaknya telah berjalan seorang diri kerana sedang membeli sarapan pagi pada pukul 9 pagi.

Menurut lelaki terbabit, dia membenarkan remaja berkenaan berbuat demikian kerana beranggapan dia meminta tolong.

Remaja berkenaan mengikuti seorang lelaki menaiki kereta 

Namun, ketika menyedari bahawa anaknya telah hilang, ibunya dikatakan terus bertanya kepada peniaga yang sedang berniaga di kawasan itu sebelum kenalan ibunya memuat naik video kejadian berkenaan di WhatsApp.

Menerusi video berkenaan memaparkan remaja tersebut mengikuti seorang lelaki dengan menaiki sebuah kereta Perodua Viva yang berwarna kelabu.

Remaja berkenaan ditemui selamat

Kenderaan Perodua Viva itu kemudiannya telah ditahan oleh orang awam pada pukul 12.30 tengah hari.

Ibu mangsa mendapati anaknya dalam keadaan selamat dan tiada sebarang kecederaan yang dialami oleh remaja berkenaan.

Ibu remaja membuat laporan polis

Siasatan lanjut mendapati bahawa lelaki berkenaan sebenarnya tidak pasti hendak membawa remaja berkenaan kemana kerana remaja tersebut hanya mendiamkan diri sehingga orang awam menahan keretanya.

Bagaimanapun, ibu remaja berkenaan dikatakan telah membuat laporan polis dan diklasifikasikan sebagai kes orang hilang.

Kes masih dalam siasatan

Berita berkenaan turut tular di laman Twitter apabila seorang pengguna bernama Fareez Azman yang berkongsi rakaman video berkenaan.

“Satu video tular dikatakan berkait kes cubaan culik kanak-kanak OKU di Saujana Rawang.”

“Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Zainal Mohamed Bin Mohamed berkata, kes dalam siasatan. “

Warga emas itu beranggapan mangsa minta pertolongan

“Siasatan dapati lelaki terbabit berusia 80 tahun telah benarkan mangsa naik kenderaannya kerana beranggapan mangsa minta pertolongan.”

“Beliau tidak pasti arah tuju membawa mangsa sehinggalah ditahan kenderaan awam di lokasi kejadian.”

“Seorang kenalan pengadu telah muat naik video kejadian sehingga kenderaan lelaki terbabit berjaya dikesan di Saujana Rawang jam 12.30 tengahari.”

“Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan dalam keadaan selamat.”

Seorang kenalan pengadu telah muat naik video kejadian sehingga kenderaan lelaki terbabit berjaya dikesan di Saujana Rawang jam 12.30 tengahari.

Selain itu juga, beberapa rakaman perbualan mengenai isu ini turut dikongsikan oleh netizen di ruangan komen Tweet berkenaan.

Laporan polis telah ditarik balik

Namun begitu, setelah mengetahui perkara sebenar wanita berkenaan telah menarik balik laporan polis tersebut.

BACA: [VIDEO] “Ku inginkan Solehah tapi rupanya Solihun,” Kenal Di Apps Cari Jodoh, Lelaki Terkejut ‘Gadis’ Pujaan Rupanya..

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan pendapat dan buah fikiran masing-masing.