Wanita ‘Selfish’ Tercegat Berdiri Cop Parkir, Netizen Minta Lelaki Ini Buat Report

Dalam kehidupan seharian, sudah pasti kita dikelilingi oleh manusia yang tidak bertanggungjawab dan sangat tidak sopan terhadap pengguna jalan raya yang lain

Perbuatan cop parkir di tempat letak kereta awam memang salah satu jenis kesalahan yang sering kali dilakukan oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita yang enggan memberikannya meletakkan kereta walaupun ruangan parkir tersebut kosong mengundang kecaman ramai.

Menerusi seuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @whatitdostu, wanita tersebut mendakwa tempat letak kereta yang kosong itu miliknya walaupun tidak kelihatan kereta lain ketika waktu itu.

Dalam masa yang sama, orang ramai juga meminta lelaki tersebut membuat aduan kepada pihak berkuasa dan wanita tersebut boleh dikenakan tindakan ekoran mempunyai video sebagai bukti.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku di satu kawasan sekitar Sri Petaling.

Video yang tular di laman TikTok:

@whatitdostu “This is my parking, go look for a different one” said the lady. I didn’t know this kind of people still exist.. lmao #fyp #foryoupage #fypシ #malaysia ♬ original sound – 🦋✨

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 306.1K tontonan, 16.1K tanda suka, 1058 komen dan 273 perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut berang melihat wanita tersebut yang ‘selamba’ berdiri tercegat menyatakan ruangan parkir tersebut miliknya.

Berikut merupakan komen warga maya:

“kalau i, i akan hon je panjang2”

“kena ajar sikit orang macam ni”

“tunggu sampai kereta dia sampai, da dapat no plate kereta terus press minyak sampaimasuk parking”


“park je kat depan tu, pastu keluar.. takde siapa boleh park terus..”

Menurut PDRM, perbuatan cop parkir salah dari segi undang-undang dan ia jatuh di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan di bawah Seksyen 119, mana-mana pesalah akan didenda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga 6 bulan dan jumlah penalti serta tempoh hukuman penjara akan menjadi lebih bagi kesalahan berikutnya.