Wanita Lebih Tertarik Kepada Lelaki Yang Memiliki Jambang – Kajian

Setiap wanita mempunyai cita rasa yang tersendiri tentang lelaki idamannya. Namun satu laporan CNN mengatakan, satu kajian menunjukkan lelaki yang berjambang lebih menarik perhatian wanita kerana mereka kelihatan lebih “macho” dan terserlah kelelakiannya daripada lelaki yang berwajah licin dan jambu.

Dalam satu penerbitan jurnal Royal Society Open Science, kajian terbaru membuktikan wajah wajah yang sangat maskulin dan mereka yang berjambang lebih menarik perhatian daripada lelaki yang terlihat feminin dan atau muka yang dicukur bersih.

Manakala bagi lelaki yang mempunyai ciri ciri maskulin seperti rahang yang lebar, alis yang tebal dan mempunyai jambang adalah yang paling menarik untuk kedua dua jenis hubungan iaitu hubungan jangka masa pendek atau jangka masa panjang.

Walaubagaimanapun, ada juga yang geli dengan ‘bulu berlebihan’ ini kerana risau tentang kebersihan.

Terdapat kajian yang mendapati  wanita yang lebih cenderung menjaga kebersihan dan membenci parasit seperti kutu menganggap lelaki yang mempunyai jambang sebagai tidak menarik.

Di Amerika Syarikat, China, New Zealand, Finland, Brazil, Slovakia, Czechoslovakia dan Turki, kaji selidik menunjukkan dada berbulu disukai di kalangan wanita namun tidak bagi wanita dari UK dan Cameroon.