[VIDEO] “Yoe siap menangis-nangis” Ustaz Ebit Lew Kongsi Cerita Bersama Yoe dan Asif

Perkongsian dari pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew selalunya memberikan kesan mendalam kepada semua pengikutnya.

Tutur katanya yang lembut dengan usahanya yang sentiasa rajin turun padang untuk melihat sendiri keadaan golongan yang memerlukan membuatkan dirinya sentiasa disenangi.

Terbaru, Ebit berkongsi satu video di mana beliau berjumpa dengan team Syahmi Syazli di sebuah kedai makan di Kota Bharu.

Mari ikuti perkongsian beliau.

______

Sebak semalam walau dah dekat 12malam lewat selepas ceramah di Matrikulasi Kelantan yang sangat baik. Kagum akhlak orang Kelantan. Rajin ramai usahawan berjaya.

Rajin. Subhanallah.

Selepas itu terus berjumpa dan berkongsi bersama anak muda yang sangat baik @syahmisazli @anissafaizul , asif,yoe dll. Baik sangat adik-adik ni. Rendah diri baik dan banyak minta nasihat.

Saya sebenarnya semakin yakin syukur rahsia berjaya dan mulia. Rezeki melimpah ruah. Mereka kini menjadi semangat inspirasi pada semua anak muda diluar sana.

Subhanallah.

Apa yang kita rasa kekurangan sebenarnya itulah kekuatan kita bila kita syukur. Walau kita miliki kesempurnaan tapi tidak syukur dihati kita akan banyak mengeluh dan putus asa.

Mereka kata selalu dengar ceramah saya. Yoe siap menangis-nangis dengar guna head phone. Semalam pun masa cerita mak.

Dia berlari ke kereta ambil telefon. Nak telefon mak. Selepas itu yoe ceramah pula pada asif. Subhanallah. Seronok lama juga berkongsi semalam.

Bila @anissafaizul start menangis tanya soalan mengenai penting jaga solat dan sayang keluarga. Semua dah menangis. Allahuakbar.

Baik dan sebak dengar soalan anak muda ini. Semoga Allah beri semua anak muda jutawan ini kebaikan, rezeki dan rahmat melimpah ruah. Allah sayang. Semoga menjadi asbab hidayah.

Sempat hadiahkan buku isteriku bidadari dan 11 amalan memiliki kekayaan dan jemput mereka hadir keluargasunnah. Semoga menjadi asbab kebaikan dan hidayah – ebitlew

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on