Wanita Ini Kongsi Resepi Kek Batik Simple dan Paling Mudah Untuk Dibuat

Kek batik merupakan satu hidangan istimewa untuk santapan petang bersama keluarga. Walaupun namanya kek, ia dihidangkan dalam keadaan sejuk dan agak rangup.

Ia sama seperti hedgehog slice dan kek biskut coklat Prince William yang terkini walaupun terdapat beberapa bahan yang berbeza.

Walaupun asal-usul kek ini tidak dapat dipastikan, kek ini dipercayai telah diperkenalkan oleh British kerana Malaysia dan Brunei pernah menjadi tanah jajahan Great Britain.

Walaubagaimanapun, kek batik di Brunei berbeza sedikit kerana mempunyai topping berwarna hijau.

Kek batik sangat mudah untuk dibuat kerana ianya tidaklah seperti kek lain yang memerlukan oven.

Cukup ada kuali bersaiz sedang dan bahan-bahan yang mudah didapati di dapur rumah.

Kali ini kita ikuti perkongsian Puan Mariya Abdul Rashid resepi kek batik paling simple dan mudah yang dibuatnya.

_________

“2 hari berturut-turut buat Kek Batik atas permintaan anak-anak. Semalam untuk jamuan sekolah..hari ni jamuan KAFA pulak.

“Ada 2 resepi kek batik. Satu letak telur dan satu lagi tanpa telur. Saya buat yang tanpa telur sebab dia mudah sangat.”

Bahan-bahan untuk membuat kek batik:

  • Biskut Marie (500g)
  • Mentega (500g)
  • Susu pekat (1 tin)
  • Esen Vanilla (1 sudu besar)
  • Serbuk Koko (5 sudu besar)
  • Milo (500g)

Cara-cara membuat kek batik:

1. Mula-mula sekali panaskan kuali dan cairkan mentega.

2. Kemudian, tuang 1 tin susu pekat dan 1 sudu besar esen vanila ke dalam kuali.

3. Masukkan 1 paket Milo 400g

4. Kemudian, masukkan 4 sudu besar serbuk koko


5. Kacau hingga bahan sebati.

6. Sementara ibu kacau sos, boleh mintak tolong anak-anak patahkan biskut marie.
Saya guna 500g biskut.

7. Tuang biskut dan kacau sebati. Sedap pulak nampak. Time ni la ambik sekeping dan ngap. Nasib baik anak-anak tak nampak.

8. Lapik loyang 10 inci dengan plastik.

9. Tuang semua sekali ke dalam loyang.

10. Akhir sekali, adatkan dan ratakan. Siap. Simpan 4,5 jam dalam peti.

Biasa saya susun biskut..1 layer sos, 1 layer biskut, 1 layer sos, 1 layer biskut dan seterusnya. Tapi pagi tadi buat seringkas dan secepat yang boleh sebab masih dalam pantang. Tak boleh berdiri lama-lama.