Sayur Jadi Layu dan Lembik? Ini Cara Simpan Sayur Dalam Peti Sejuk Supaya Tahan Lama dan Sentiasa Segar

Di antara dilema yang selalu saja dihadapi oleh para isteri adalah untuk menimpan sayur-sayuran yang baru saja dibeli.

Biasanya apabila membeli di pasaraya ataupun pasar basah, pasti akan membeli stok makanan untuk jangka masa sekurang-kurangnya seminggu ataupun lebih lagi.

Masalah yang biasa dihadapi adalah sayur-sayur yang dibeli akan rosak ataupun menjadi layu dan lembik di dalam peti.

Sudah tentu perkara seperti ini akan potong ‘mood’ untuk memasak!

Walaubagaimanapun, di dalam satu posting di Facebook, Puan Rohanoradila Aidil cara-cara untuk menyimpan sayur supaya tidak mudah rosak dan layu walau disimpan lama di dalam peti.

Mari kita ikuti perkongsian beliau.

_________

Ini adalah cara yang diamalkan saya sejak berniaga dulu.

1. Sayur yang dibeli tak perlu dibasuh untuk elak jadi lembik. Hanya basuh bila mahu menggunakannya.

2. Sediakan tisu yang telah dilembapkan kemudian alas dalam bekas untuk menyimpan sayur.

3. Sebelum masukkan sayur, pastikan tiada sayur yang rosak, takut berjangkit.

4. Sayur boleh juga dipotong sebelum disimpan untuk memudahkan kerja memasak nanti.


5. Masukkan sayur dalam bekas yang dialaskan dengan tisu yang dilembapkan tadi dan simpan dalam peti sejuk.

Pesan Rohanoradila, lepas simpan simpan jangan perap terus dalam peti ais. Kenalah masak ya!

Semoga perkongsian daripada Puan Rohanoradila ini memberi manfaat kepada semua terutamanya ibu-ibu dan isteri-isteri yang sibuk dengan anak-anak dan kerjaya.