Wanita Hamil Ini Kongsi Hanya Sahur Susu Kurma Homemade Tahan Puasa 19 Jam.

Menjelang ramadhan yang bakal tiba, pasti ramai diluar sana memikirkan bagaimana mahu kelihatan ramping dan kurus ketika menjelang syawal yang dinanti.

Ini jawapanya, anda boleh sahur dengan susu kurma homemade yang mudah dan cepat disediakan dan yang lebih mengujakan perut akan tahan selama 19 jam berpuasa.

Jika anda kurang berasa lapar pastinya kuranglah nafsu berbelanja dibazar ramadhan. Ini boleh membantu anda berjimat dan pada masa yang sama membantu anda menurunkan berat badan dan kelihatan anggun ketika menjelang syawal.

Saudari Nana Ruzanna berkongsi resepi susu kurma homemade yang menjadi amalannya ketika bersahur satu ketika dahulu ketika menetap diluar negara.

Menurutnya walaupun beliau tidak makan nasi ketika bersahur dan beliau hamil ketika itu, beliau masih bertenaga dan perutnya kenyang sepanjang hari malah tidak berasa letih ketika menjalani ibadah puasa ketika itu.

Mari kita lihat resepi yang dikongsikan oleh beliau ini yang juga sesuai untuk diminum bagi anak-anak yang baru belajar berpuasa.

Resepi Susu Kurma Homemade

Ramai yang tanya macam mana saya boleh bertahan puasa sampai 19 jam lamanya. Dah la pregnant pulak tu. Buat anda semua, kat sini saya nak share apa yang saya amalkan sepanjang saya puasa.

Saya start amalkan puasa hari ketiga sebab baru tau tip ni. Memang ada beza sangat dengan puasa yg terdahulu. Alhamdulillah walaupun bersahur tak makan nasi,(memang tak lalu makan berat disebabkan jarak antara berbuka dan imsak hanya 5 jam sahaja) InsyaAllah perut rasa kenyang je sepanjang hari. Badan tak letih sangat. Bila berbuka pun tak gelojoh makan macam-macam. Moga bermanfaat buat semua.

Hanya perluakan 3 bahan sahaja

Bahan-bahan:

  • 5 buji kurma
  • Air masak setengah cawan
  • Susu segar satu cawan

*Jumlah kurma ikut citasa tapi digalakkan dalam bilangan ganjil untuk ikut       sunnah nabi.

Cara-cara Membuat Susu Kurma Homemade

1. Langkah pertam adalah buang biji kurma dan carikkan isinya

Rendam dalam setengah cawan air masak. Biarkan rendam sampai kurma kembang. Biasa saya akan rendam dalam pukul 7 pm dan makan masa sahur dalam pukul 2.30. Buat yang di Malaysia sebelum tidur boleh rendam untuk minum ketika sahur esoknya. Kalau rendam sekejab pun takpe asalkan kurma itu kembang.

2. Kemudian, apabila kurma sudah kembang, bolehkan kisarkan kurma tadi  dengan secawan susu segar.

Minum ketika penutup sahur. Kiranya dah nak imsak baru minum. Jangan lupa selawan kea atas nabi dan dia mohon Allah permudahkan puasa kita.

Insya-Allah perut kenyang dan badan kekal bertenaga sepanjang hari. Untuk anak-anak yang baru belajar nak puasa pun boleh amalkan.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua pembaca. Siapa yang mahu diet sambil berpuasa ini rahsianya. Selamat Mencuba!