“Wang simpanan tinggal RM50 saja” Gaji Dipotong Sebab Cuti PKP, Lelaki Catu Makan Isteri dan Anak2

Hari ini masuk hari ke tujuh belas rakyat Malaysia menjalani Perintah Kawalan Pergerakan ekoran penularan wabak Covid-19 di negara kita.

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) merupakan satu cabaran besar buat mereka  bergantung pendapatan gaji mengikut hari untuk meneruskan kehidupan.

Ramai dari golongan ini terkesan dengan PKP dan diharap mereka ini mendapat bantuan untuk melangsungkan kehidupan harian mereka.

Wang simpanan hanya tinggal RM50

Antara salah seorang yang terkesan adalah dari keluarga Mohamad Hilmi Abdul Rani@Atam.

Menurutnya kepada Harian Metro, dia sekeluarga yang terpaksa mencatu makanan kerana bekalan asas seperti beras dan minyak masak semakin berkurangan.

“Wang simpanan hanya tinggal RM50. Kami tidak mampu bertahan lagi untuk mencatu makanan yang ada ini”. 

Ujar lelaki berusia 34 tahun itu berkata, isterinya Suriana Azliza Musa turut merasai situasi yang berlaku apatah lagi perlu membesarkan dua cahaya mata mereka.

Saya masak ulam dan sayuran kampung untuk isteri dan anak-anak

Beliau yang tinggal di Bandar Mahkota, Banting, turut berkata, wang simpanan hanya bertahan untuk waktu ini sahaja.

“Saya masak ulam dan sayuran kampung untuk isteri dan anak-anak kami yang masih kecil,” katanya.

Tambah pula menurut Mohamad Hilmi, dia diberi gaji sebanyak RM1,700 sebulan sebagai pekerja swasta kontrak.

Keluarga kami kategori miskin bandar

Namun begitu, ia masih tidak mencukupi bagi menampung keluarganya setelah separuh dipotong majikan akibat cuti sepanjang tempoh PKP.

“Kami menyewa rumah selepas berpindah ke sini, akhir tahun lalu”.

“Saya berharap kerajaan Selangor mendengar keluhan nasib kami dan menghulurkan bantuan kepada keluarga kami kategori miskin bandar ini,” ujarnya.

Berharap agar menerima bantuan Pakej Ransangan Ekonomi 

Selain itu, dia sekeluarga turut berharap agar berjaya menerima bantuan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin minggu lalu.

Bagi sesiapa yang berhasrat ingin memberi sumbangan, boleh menghubungi Mohamad Hilmi di talian 017- 3405509.