[VIDEO] “Malu sikit tu bukan isteri, baru awek tau tak” Lelaki Mengamuk Di Hospital Kena ‘Sound’ Dengan Polis

Pihak polis memang wajar diberikan setinggi-tinggi perghormatan daripada rakyat Malaysia pada ketika ini. Mana tidaknya, sudahlah mereka perlu bekerja lebih masa ekoran isu Covid-19, dalam pada masa yang sama mereka juga perlu melayan ragam-ragam pelik rakyat Malaysia. Terbaru, tular sebuah video di Twitter yang melihatkan seorang lelaki mengamuk di sebuah hospital. Berdasarkan video tersebut, lelaki [...]

Dalam musim penularan wabak COVID-19 ini, pihak polis sepatutnya diberikan setinggi-tinggi perghormatan daripada seluruh rakyat Malaysia.

Mereka bukan sahaja perlu bekerja lebih masa untuk menjaga rakyat dalam tempoh PKP, dalam pada masa yang sama mereka juga perlu melayan ragam-ragam pelik rakyat Malaysia.

Terbaru, menerusi laman Twitter tular sebuah video yang menunjukkan seorang lelaki mengamuk di sebuah hospital.

Di dalam video tersebut, lelaki itu kelihatan baru sahaja mengalami kemalangan dan sedang bergaduh mulut dengan seorang individu yang didakwa melanggarnya.

Dari pertuturan mereka, lelaki tersebut seolah tidak berpuas hati soal bayaran dan berterusan meninggikan suara.

Tidak mahu situasi menjadi semakin tegang, seorang anggota polis tampil untuk menenangkan keadaan.

Walau bagaimanapun, lelaki tersebut masih lagi meninggikan suara dan hampir mencetuskan pergaduhan membuatkan anggota polis tersebut menggunakan cara yang sedikit tegas.

Selepas sahaja anggota polis tersebut mengeluarkan baton dan gari tangan, lelaki tersebut terus memohon maaf dan kembali tenang.

Malah, lelaki tersebut sempat bertanyakan nama anggota polis tersebut untuk meminta maaf.

Namun kes itu nampaknya tidak terus selesai di situ apabila lelaki itu dilihat dibawa ke sebuah bilik dan disoal oleh pegawai polis yang lain.

Video yang ditonton lebih daripada 600,000 tontonan ini mendapat reaksi netizen yang rata-ratanya memuji sikap anggota polis tersebut yang begitu tenang dan profesional.

Malah, ramai juga yang merasa kagum bagaimana anggota tersebut boleh mengawal perasaan dalam menghadapi lelaki itu.