Wajah Terlalu Feminim, Ramai Sangka Suami Wanita Ini Adalah Perempuan Siap Minta Bukti!

Bila sebut tentang paras rupa sudah pasti lelaki yang maskulin dan berbadan sasa manjadi perhatian para wanita.

Pun begitu, di dalam dunia ini bermacam jenis rupa manusia yang wujud malah ada juga yang berjantina lelaki namun mukanya seperti wanita dan feminim.

Tidak kurang juga, ada yang berjantina wanita namun badan seperti seorang lelaki.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana suami kepada wanita ini dikatakan persis seorang wanita kerana wajahnya yang terlalu feminim.

Sehinggakan ramai diantara netizen tertanya-tanya apakah jantina sebenar lelaki tersebut setiap kali muncul video terbaru wanita ini dengan suaminya.

Enggan menjadi fitnah, wanita ini tampil memaklumkan perkara sebenar malah ‘pening’ bagaimana hendak membuktikan suaminya memang benar lelaki.


Menerusi video yang dimuat naik olehnya sendiri di laman TikTok @bebecat0, wanita itu memaklum lelaki yang dikenali sebagai Luqman itu memang berjantina Lelaki dan mereka telah pun mendirikan rumah tangga beberapa bulan lalu malah tidak menyangka itu akan menjadi isu hangat dikalangan netizen.

Menerusi satu temubual, Luqman bagaimana pun akui sudah terbiasa dengan soalan sebegitu dan tidak berasa tertekan dengan pertanyaan yang diberikan.

Sekali pandang, memang kelihatan seperti wanita namun bila buka mulut, suara garaunya membuktikan segala-galanya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen meminta orang ramai untuk tidak membuatkan tuduhan yang tidak berasas dan menghormati pasangan ini yang baru sahaja berumah tangga.

Tidak cukup dengan itu, ada juga netizen yang mendoakan agar mahligai yang dibina kekal hingga ke akhir hayat.

Antara komen warga maya:
“Kawan tu dah kahwin pun. Korang ingat nak kahwin tu senang dengan dokumen lagi…”

“Actually tak payah explain pun. Netizen ni explain 10 juta kali pun kalau dorang tak nak terima, memang takleh terima.”

“Diorang nikah tu confirm confirm lah dah prepare semua document, yang korang tak caya kenapa.”

“Susah betul jadi lelaki muka lembut, saya memahaminya.”

Video yang tular di laman TikTok:

@bebecat0tak faham nape suami lagi comel dr aku♬ original sound – seren ✵ / mystiques_gf

@bebecat0 Replying to @pia🌙 ♬ original sound – 🌻