“Seronok tengok..” Reunion Pelakon Gerak Khas Buat Ramai Teruja, Akui Imbau Kenangan Semula

Siapa yang pernah menonton drama bersiri aksi popular Gerak Khas sekitar tahun 2000 ini pasti sudah tahu dengan jalan ceritanya yang penuh mendebarkan malah turut meninggalkan kesan kepada penonton-penontonya.

Antara pelakon yang membintangi drama ini ialah Datuk Yusof Haslam, Deen Maidin, Norman Hakim, Abby Abadi, C.Kumaresan, Salina Saibi, Erra Fazira, A.Galak dan ramai lagi. Gerak Khas merupakan terbitan Skop Productions, idea serta skrip asal adalah oleh pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam. Ia juga pernah bersiaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan TV3.

Selain itu, drama  bersiri Gerak Khas juga memaparkan kes-kes jenayah yang sering berlaku di Malaysia seperti penculikan, penyeludupan, pembunuhan, rompakan, ceti haram, penipuan, dadah dan sebagainya.

Terbaharu, pelakon Salina Saibi yang memegang watak ASP ini telah berkongsi beberapa video dan momen yang menghiburkan sekaligus mencuri perhatian rata-rata peminat Gerak Khas di paltform media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik olehnya di laman TikTok ini, memaparkan beberapa barisan pelakon drama Gerak Khas di sebuah restoran Hadramawt Kitchen Ampang. Majlis makan malam tersebut dilihat telah dihadiri oleh pelakon A Galak, Norman Hakim, Datuk Shahron Anuar, Farid Amirul, Darin Kamarudin, Erra Fazira, Sheera Iskandar dan beberapa lagi.

Dalam pada masa yang sama, mereka turut menyanyikan lagu ulang tahun kelahiran buat pelakon Deen Maidin. Bukan itu sahaja, majlis tersebut juga kelihatan cukup meriah dengan pelakon-pelakon ini yang saling berkongsi cerita serta bergelak ketawa.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut mengimbau kembali kenangan-kenangan mereka sewaktu menonton drama bersiri Gerak Khas sewaktu ketika dahulu. Bukan itu sahaja, ramai yang teruja melihat barisan pelakon ini bekumpul dan bergelak ketawa.

Antara komen warganet:

“Polis-polis peberet sejak zaman saya sekolah rendah lagi..”



“Terima kasih kerana sudi berkongsi vdeo ni..seronok tengok..”

“Cerita feveret ni dulu setiap hari rabu pi pasar malam mesti nak balik awal sebelum pukul 9 nak tengok cerita gerak khas..”

“Alhamdullilah ukhwah berpanjangan..syabas..Gerak Khas Team..”

“Seronoknya dapat jumpa idola-idola gerak-gerak khas..semoga idola gerak khas succes sampai bila-bila..perminat setia gerak khas dari dulu sampai sekarang..”

Perkongsian yang tular di laman TikTok:

@salinasaibi♬ original sound – SalinaSaibi82