Gara-Gara Wajah Mirip Dengan Jurulatih Bola Sepak Negara, Pelakon Squid Game Ucap ‘Good Luck Malaysia’

Minggu lepas pasukan bola sepak negara tumpas di tangan Bahrain dengan 1-2 namun muncul sebagai juara apabila berjaya menewaskan Bangladesh Selasa lalu dengan 4-1 serta melayakkan skuad kebangsaan untuk ke Piala Asia tahun depan.

Dalam pada seluruh rakyat Malaysia terutama sekali peminat tegar sukan ini gembira atas kemenangan yang diraih, wajah ketua jurulatih pasukan negara turut menjadi tumpuan ramai!

Baru-baru ini tular di Twitter tentang wajah ketua jurulatih pasukan bola sepak negara iaitu Kim Pan-gon mirip dengan Heo Sung-tae, watak antagonis dalam drama bersiri Korea Selatan, Squid Game!

Menurut netizen di Twitter, gaya potongan rambut Kim Pan-gon menambahkan lagi keirasan mukanya dengan Heo Sung-tae selain daripada mereka memang sama-sama berbangsa Korea!

Lebih menarik apabila tweet pengguna Twitter yang memadankan wajah Kim Pan-gon dengan Heo Sung-tae telah menarik perhatian pelakon Korea Selatan itu sendiri.

Menerusi insta story yang dimuat naik Sung-tae, dia menangkap layar tweet tersebut lalu  mengucapkan selamat berjaya kepada Malaysia.

Tidak mendedahkan siapa pengguna Twitter itu, Sung-tae bertindak mengaburkan wajahnya sebelum memuat naik.

Sejak Pan-gon mengambil alih pasukan negara awal tahun ini, ramai peminat menyamakan wajahnya yang saling tidak tumpah dengan wajah Sung-tae yang juga memegang watak sebagai Jang Deok-Su di dalam Squid Game.