“Villa satu malam RM50Ribu?” Netizen Dakwa Rizalman Pergi Langkawi Naik Jet Peribadi & Tinggal di Villa Mewah

Baru-baru ini, tular tentang pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha membawa anak-anak mereka pergi bercuti ke Langkawi menaiki Helikopter mencuri tumpuan warga netizen.

Kali ini, hangat pula diperkatakan tentang pereka fesyen tersohor negara, Datuk Rizalman Ibrahim bersama dua anak lelakinya yang bercuti ke Pulau Langkawi.

Namun apa yang membuatkan orang ramai ‘tercengang’ apabila netizen berkongsi foto dan video Rizalman menaiki jet peribadi ke pulau peranginan itu. Wahhh, betul-betul ‘another level’ ni!

Malah, laman sosial semakin ‘panas’ bila ada yang mendakwa jet peribadi tersebut adalah milik Rizalman sendiri.

@syaaakira1: Wow Rizalman naik jet peribadi eh pergi Langkawi.

@noranistini: Rizalman pergi Langkawi naik jet peribadi. Tak payah sesak kat lapangan terbang.

@nana_shazliana: Fuh Rizalman naik jet peribadi.

Dikatakan, Rizalman sekeluarga berangkat dengan menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Tidak cukup dengan itu, topik ini semakin hangat diperkatakan apabila netizen mengetahui tentang tempat penginapan Rizalman yang serba mewah.

“Teringat janji Allah kata setiap penghuni syurga yang paling bawah sekalipun akan dilengkapi dengan 10,000 ribu pelayan .. aku doakan hangpa semua akan merasai nikmat macam aku tengah rasa ni juga, malah lebih lagi.. Aminn InshaAllah”

Netizen mula ‘menjalankan tugas’ dengan membuat ‘reseacrh’ tentang penginapan tersebut dan mendakwa harga satu malam di villa sebuah hotel terkemuka itu adalah sekitar RM50,000 hingga RM100,000. Fuh! laju betul netizen buat kerja ya!

Rizalman juga berkongsi aktiviti yang dilakukan antaranya berbasikal dan menaiki cruise sewaktu bercuti di sana.

Meninjau di ruangan komen , rata-rata menyifatkan Rizalman mempunyaisikap yang baik dan sangat pemurah.

Menerusi satu perkongsian pengguna yang menggunakan nama @Zalins Ramli mendedahkan ahli perniagaan enggan mengambil duit baki ketika membeli belah di premis miliknya.

Dalam pada itu, warga netizen mendoakan ahli perniagaan itu dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.