“Kalau kelakar kita gelak,” Dipilih Jadi Juri MLM2021, Uqasha Senrose Luah Rasa Excited

Rancangan Maharaja Lawak Mega antara program pilihan yang dinantikan oleh penonton setiap tahun.

Penampilan pelawak sedia ada dan juga bakat-bakat baru yang menerusi program lawak ini berjaya menghidupkan rancangan ini setiap minggu.

Malah, penampilan pelawak-pelawak yang sedia ada sering kali ditunggu-tunggu oleh peminat tanah ari dengan idea yang baru dan menepati citarasa penonton.

Uqasha teruja diberi kepercayaan sebagai juri MLM

Saban tahun MLM akan memperkenalkan juri yang berlainan yang berlatar belakangkan industri tanah air.

Pada tahun ini, aktres Uqasha mengakui teruja setelah diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab selaku juri tetap di program berpestij itu.

Satu peluang dan pengiktirafan buat dirinya

Menurut Uqasha, dia menyifatkan peluang ini sebagai satu pengiktirafan kerana dia sememangnya merupakan antara peminat tegar program lawak tersebut sejak sekian lama.

“Firstly qasha nak ucapkan ribuan terima kasih kerana telah memilih dan memberi kepercayaan pada qasha untuk menggalas tugas sebagai juri tetap untuk program yang cukup hebat ni.”

Qasha pengikut setia maharaja lawak

“Bertahun-tahun qasha memang pengikut setia maharaja lawak tak pernah miss because I enjoy the show and rasa sangat terhibur dengan peserta-peserta yang hebat-hebar belaka.”

Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon drama, Rindu Awak Separuh Nyawa itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Selain itu, pelakon ini turut mengakui dirinya bukanlah orang yang arif di dalam dunia lawak atau komedi.

Saya tidak sabar mahu melihat persembahan peserta

Namun begitu, aktres cantik  ini memaklumkan dia akan menilai setiap persembahan melalui kaca mata seorang penonton dan pelakon.

“This year I’m one of the juries. I’m super excited dan can’t wait to see all of our contestants berikan yang terbaik.”

Kalau kelakar kita gelak

“Dan qasha bukan seorang pelawak untk menjuri atau mengkritik tentang melawak yang bukan dlm bidang Qasha.”

“Akan tetapi sebagai mata-mata penonton dan sebagai seorang pelakon qasha nak terhibur dan bergelak dengan pelawak-pelawak otai kita. Kalau kelakar kita gelak.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)

 Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi rasa teruja untuk melihat persembahan peserta dan juga juri pada tahun ini.

Malah mereka turut menitipkan semangat dan mendoakan agar pelakon ini terus berjaya.