[VIDEO]”Semoga Dia Besar Dia Tengok Lagu Ni, Dia Tahu Saya Pernah Jaga Dia” Isteri Aliff Syukri Kongsi Video Qayyum

Datin Nur Shahida, isteri kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri telah memuat naik satu video yang ditujukan khas buat anak angkatnya Qayyum.

Di dalam video tersebut menunjukkan Qayyum dengan alunan lagu sedih pada latar belakang.

Di dalam kapsyen posting itu, Datin Shahida menulis lagu itu khas buat anaknya dan teristimewa buat Qayyum.

Datin Shahida berharap apabila sudah dewasa nanti Qayyum boleh tengok balik video tersebut.

 

View this post on Instagram

 

Istimewa utk Qayyum Aliffshah Bin Abd A’liy…..Belum siap lagi….nanti dah siap kita letak kat Youtube …nanti dah besar boleh tengok balik😍😍… . Sebenarnya sebelum kes qayyum ni saya dan @aliffsyukriterlajaklaris mmg ada rekod 1 lagu dgn @hafizhamidun …..lagu selawat…….saya just suka2 je utk anak2 saya dgr….tapi sekarang saya hadiahkan lagu ni utk Qayyum…semoga nanti dia besar dia tgk lagi lagu ni kat Youtube dan dia tahu saya pernah jaga dia… . Minta maaf juga kat mak qayyum dan semua sebab saya x jaga qayyum dgn baik dan bukan mak yg baik utk dia…saya yakin dia akan lebih bahgia dgn mak dia nanti.. . P/S: Jangan kutuk2 ya kat sini…nanti kalau kutuk2 saya turn off komen

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on

“Istimewa utk Qayyum Aliffshah Bin Abd A’liy…..Belum siap lagi….nanti dah siap kita letak kat Youtube …nanti dah besar boleh tengok balik…

“Sebenarnya sebelum kes qayyum ni saya dan @aliffsyukriterlajaklaris mmg ada rekod 1 lagu dgn @hafizhamidun …..lagu selawat…….saya just suka2 je utk anak2 saya dgr….

“Tapi sekarang saya hadiahkan lagu ni utk Qayyum…semoga nanti dia besar dia tgk lagi lagu ni kat Youtube dan dia tahu saya pernah jaga dia…

“Minta maaf juga kat mak qayyum dan semua sebab saya x jaga qayyum dgn baik dan bukan mak yg baik utk dia…saya yakin dia akan lebih bahgia dgn mak dia nanti..
.
“Jangan kutuk2 ya kat sini…nanti kalau kutuk2 saya turn off komen”

Sebelum ini, Datin Shahida tidak mahu memulangkan Qayyum kepada ibu kandungnya. Menurutnya dia tidak menghalang Qayyum untuk mencari ibunya apabila besar nanti kerana tugasnya hanya membesarkan dan mendidik anak itu seperti mana anaknya sendiri.

“Bila Qayyum besar dia boleh cari mak dia sebab dia kena tahu siapa dia dan siapa ibu dia, tugas saya membesar dan mendidik dia, bagi yang terbaik untuk dia, sama macam saya didik anak saya, macam mana saya garang dengan anak saya, macam mana saya pastikan anak saya dengar cakap, saya akan buat benda yg sama pada Qayyum,”

Datuk Seri Aliff Syukri juga sebelum ini meluahkan rasa kesal apabila ibu kandung anak angkatnya, Qayyum meminta semula anaknya selepas tular sebuah video pembantu rumahnya menunjal kepala kanak-kanak tersebut.

Menerusi entri di Instagram, Aliff kecewa dengan tindakkan yang dilakukan oleh wanita tersebut selepas dia bersusah payah membesarkan Qayyum dengan penuh kasih sayang.