[VIDEO] Norman dan Memey Sweet Sangat, Record Isteri Menari Senyap-senyap

Pasangan yang telah lama mendirikan rumah tangga biasanya akan kurang menunjukkan benda-benda sweet terhadap pasangan masing-masing.

Namun begitu, walaupun sudah hampir sembilan tahun berkahwin, kemesraan pasangan pelakon Norman Hakim dan Memey Suhaiza nampaknya semakin ‘sweet’.

Pelakon drama Gerak Khas itu ‘mengenakan’ isterinya melalui video yang dimuat naik oleh di laman Instagram miliknya apabila merakam isterinya sedang menyanyi dan menari lagu hindustan tanpa disedarinya.

Di dalam rakaman video berdurasi satu minit itu, Memey tidak perasan dengan tindakan suaminya sedang merakam dirinya yang sedang leka menyanyi dengan penuh yakin walaupun ada tersalah lirik.

Namun apabila tersedar dengan perbuatan suaminya, dia terus mencuba untuk merampas telefon suaminya namun Norman hanya mentertawakan situasi gelagat lucu itu.

Boleh dikatakan semua peminat pasangan ini memenuhi ruangan komen dengan mengatakan mereka berdua kelihatan sangat sweet dan berasa geli hati apabila melihat telatah spontan yang comel!

Comelnya Memey ni..

jennifer_ayen

  • hahhaha so.sweet

azzaaziz85

  • @annie.era btol tu sis….yg rakam pun…hati2 la…kan drive…

ezzahejah

  • @nanazihah_ nakal weh

nanazihah_

  • @ezzahejah sweet gituh

Ada juga beberapa orang yang baik hati dan risau dengan gaya pemanduan Norman. Apa pun korang memang comel dan sweet bersama, semoga perkahwinan ini kekal sehingga ke akhir hayat.

Pasangan yang sweet dan manja, Norman Hakim dan Memey Suhaiza sering mendapat perhatian netizen kerana hubungan mereka sangat intim dan mesra.

Baru-baru ini Norman telah memuat naik sebuah video di Instagram khusus untuk isterinya apabila beliau merakam nyanyian yang penuh dengan makna.

Dek kerana video yang viral itu, bekas isterinya, Abby Abadi telah meninggalkan komen dalm ruangan video tersebut.

Lagu yang ke – 235

Menerusi kapsyennya itu, Norman telah telah mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran Memey yang ke-30 tahun.

Kedengaran suara Norman menyanyi sedang menghayati lirik lagu berkenaan. Tambahnya, lagu tersebut adalah lagu yang ke-235 beliau menyanyi untuk diberikan kepada isteri tercinta.

Abby juga telah memberi respond yang mencuit hati ketika mendengar suara nyanyian Norman menerusi video tersebut.

“Sedapnya suara” 

Walaupun selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi dahulunya terhimpit dengan kontroversi mengenai rumahtangga namun itu tidak menghalang untuk mereka tetap berhubungan baik untuk anak-anak.

Menerusi perkahwinan terdahulu, mereka dikurniakan 3 orang anak dikenali sebagai Danish Hakim, Marissa Dania dan Maria Danisha.

Bagaimanapun, Marissa Dania anak kepada Norman Hakim dan Abby Abadi mula dikenali netizen apabila foto-fotonya viral di media sosial.

Meskipun,  baru berusia 13 tahun gadis cantik ini menjadi tumpuan ramai kerana perwatakkan Marissa Dania kelihatan sopan dan lemah lembut.

Sumber: LimauMadu