Pastinya setiap ibu bapa mesti mempunyai pengalaman atau momen ketika membesarkan anak-anak.
Kebiasaanya, anak-anak yang bijak dan pintar pastinya mempunyai pelbagai ragam dan gelagat yang mencuit hati.
Gelagat anak-anak semasa kecil momen berharga buat ibu bapa
Kenangan berharga ini pastinya akan menjadi suatu momen berharga buat ibu bapa di kemudian hari.
Terbaru, satu video yang telah dikongsikan oleh saudara Fazeylaa Mazlan telah mendapat perhatian ramai.
Video tersebut memaparkan gelagat anak perempuannya yang berlumuran bedak di ruang tamu.
Pura-pura pengsan untuk menyelamatkan diri
Apa yang menggelikan hati adalah apabila anaknya sedar akan perbuatannya mengundang kemarahan si ibu, lalu dia pura-pura pengsan.
Si anak kelihatan pura-pura pengsan dengan muka berlumuran bedak ketika dimarahi oleh si ibu.
Gelagat dan helah kanak-kanak ini mencuti hati
Namun begitu, ibu kanak-kanak tersebut tahu helah si anak yang bijak itu dan mula membangunkannya.
Selepas dikejutkan beberapa kali, akhirnya kanak-kanak tersebut bangun, mula tersenyum dan ketawa.
“Selepas dikejutkan dengan tragedi bau wangi satu umah ni dek bedak yang dikerjakan inara , terus cepat-cepat ambik bedak tu”.
Berlakon pengsan tiba-tiba atas sofa
“Bawak pergi tempat yang sepatutnya dan kembali ke ruang tamu. Camggini dia berlakon pengsan tiba-tiba atas sofa tu”.
“Nasib mommy tak CPR kau. Barangkali takot tengok mommy mengamok kot .
Masalahnya kalau begini aku tak jadi nak mengamok”.
“Haihh lah anak. Siapa pernah ada pengalaman mcm ni”.
Sementara itu, gelagat kanak-kanak yang mencuti hati ini telah mendapat pelbagai reaksi dari netizen.
Rata-rata netizen turut memuji gelagat kanak-kanak ini yang mencuit hati, bijak dan cerdik ini.