[VIDEO]”Kenapa Aku Mesti Terus Menutup Aurat” Amyra Rosli Kongsi Penghijrahannya

Amyra Rosli atau nama sebenar Nur Amira Izzati binti Rosli merupakan seorang pelakon dan isteri kepada pelakon Amar Bahrin.

Beliau merupakan seorang pelakon yang berbakat besar dalam industri dan sering memegang watak utama dalam drama televisyen.

Pelakon cantik tinggi lampai ini sedang hamil anak kedua setelah berkahwin dengan Amar Bahrin pada November 2016.

Amyra Rosli tampil bertudung selepas ibadah umrah

Seperti yang diketahui umum, pelakon cantik Amyra Rosli telah tampil dengan imej bertudung selepas pulang daripada menunaikan ibadah umrah.

Sementara itu, beliau turut berkongsi serba sedikit mengenai penghijrahannya menjadi yang lebih baik selepas menjejakkan kaki di Tanah Suci.

Mulai berhijrah sepenuhnya

Menurutnya lagi, beliau selesa dengan imej terbarunya bertudung dan ia dilakukan secara spontan.

Perkongsian dari YouTube Zayan FM, Amyra memberitahu bahawa detik permulaannya berhijab adalah ketika diziarahi oleh kenalan lelaki selepas pulang dari umrah.

Tiada berbincang dengan sesiapa pun mahu bertudung

Ujarnya Amyra lagi, beliau menutup aurat tanpa diketahui langsung oleh suami atau pun keluarga.

Ia dilakukan secara spontan selepas lama mengenakan hijab bermula di set pengambaran dan juga semasa di Tanah Suci.

“Myra sendiri pun taktahu kenapa aku mesti terus menutup aurat tak ada berbincang dengan suami ke dengan mama ke tak ada tapi macam, bila Allah kata hidayah itu dah sampai itulah dia”.

Tambah pelakon cantik itu lagi, beliau banyak belajar daripada orang-orang tertentu dan juga suami.

Beliau mula berubah menjadi lebih matang dari segi kehidupan agar dapat sama-sama berusaha menuju ke jalan Allah.

Bakal timang anak kedua

Video yang dikongsikan oleh Zayan.my mengenai perkongsian penghijrahan Amyra Rosli telah tular dan mendapat perhatian ramai.

Rata-rata netizen turut meninggalkan komen positif yang mampu menyuntik lagi semangat Amyra Rosli kekal berhijab dan ia merupakan perkongsian yang menarik.

Selain itu, mereka turut memuji penampilan bertudung Amyra kelihatan lebih manis berhijab.

Mereka turut mendoakan agar isteri kepada Ammar Bahrin ini dipermudahkan dalam urusan melahirkan anak kedua mereka yang dijangka menjengah dunia tahun hadapan.