[VIDEO] “Persembahan paling cute” Peminat Terhibur Sham Visa dan Jatt Nyanyi Rap

Konsert akhir Gegar Vaganza 2019 semalam diakhiri dengan kejutan apabila kedua-dua penyanyai Naqiu dan Hady Mirza dinobatkan sebagai juara.

Pelbagai spekulasi dibincangkan oleh peminat namun itulah keputusan muktamad dari para juri dan produksi.

Namun, di sebalik kegembiraan para penyokong Naqiu dan hady Mirza, rata-rata penonton konsert semalam sangat terhibur dengan persembahan battle Sham Visa dan Jatt.

Mana tidaknya, kedua-dua penyanyi legenda ini diberikan tugas untuk menyayikan lagu rap Angguk-angguk Geleng-geleng dari kumpulan Ahli Fiqir.

Boleh dikatakan semua penonton sangat terhibur dengan semangat yang ditunjukkan oleh mereka berdua untuk menyampaikan lagu tersebut walaupun kelihatan amat sukar.

Hebat sungguh kumpulan ‘Ahli Zikir’

Sham visa start gerak badan..saya dh gelak..

Nasib astro xbg 2 org ni juara..kalau x, gelak sampai ke pagi

Mmg klakar tapi menghiburkan so sporting la dorang


Menerusi Facebook, Gempak berkongsi sedutan video Sham Visa dan Jatt menyanyikan lagu Angguk-angguk Geleng-geleng.

“Persembahan paling cute malam semalam. Admin jamin satu Malaysia terhibur tengok bila @shamvisa.official & @jattalibdb rap semalam.

“Jom layan balik persembahan semua Bintang Gegar Vaganza sekarang”