[VIDEO] “Zalimnya Ibu Kamu!” Bayi Comel Ditinggalkan Di Tepi Pokok Digigit Serangga

Ramai pasangan yang telah mendirikan rumah tangga masih belum dikurniakan cahaya mata.

Mereka masih menunggu dan berikhtiar sehabis daya untuk memperoleh zuriat sendiri.

Walaupun banyak teknologi moden yang diperkenalkan untuk membantu golongan yang ingin mendapatkan zuriat, masih ramai yang telah berusaha dan masih belum diberikan rezeki memperoleh cahaya mata.

Namun, pelbagai khabar duka dan kurang menyenangkan sering didengari menerusi media apabila banyak kes buang bayi dilaporkan.

Banyak juga kes buang bayi yang menyebabkan kematian bayi tersebut ekoran diserang haiwan atau serangga dan sebagainya.

Golongan yang tidak bertanggungjawab ini semakin berani melakukannya pelbagai helah untuk menutup kesilapan yang dilakukan.

Bayi yang tidak berdosa itu sepatutnya tidak perlu diperlakukan dengan sedemikian rupa. Bayi yang baru lahir itu tidak bersalah.

Terbaru, satu kes buang bayi telah tular di laman sosial Facebook apabila satu perkongsian dimuat naik oleh Ahmad Fauzi II

Beliau menjumpai seorang bayi perempuan yang comel ditepi sebatang pokok yang diletakkan didalam sebuah beg.

“Menggigil satu badan jumpa baby bwah pokok…area larkin..jalan langkasuka..awak tak payah lh cari ibu n bapak awak nnt bila dh besar”. 

Sayu hati melihat bayi ini, mujur ada orang yang menemui bayi malang ini. Bayi ini kelihatan lapar dan habis badannya digigit serangga.

Tergamak seorang ibu membiarkan bayi comel ini diletakkan ditempat yang tidak sepatutnya. Bagaimana jika binatang yang menjumpai beg ini terlebih dahulu daripanya orang ramai.

Ahmad Fauzi turut berkongsi satu video yang menunjukkan bayi itu kelaparan dan bersungguh-sungguh bayi itu minum susu.

Menerusi video itu juga, kelihatan bahagian muka bayi itu telah digigit serangga dan bayi itu jiga dalam keadaan lemah.

Netizen turut meninggalkan komen meluahkan simpati terhadap bayi ini. Mereka juga turut mendoakan semoga bayi ini terus sihat dan cergas seperti bayi-bayi lain.

Ada juga netizen meninggalkan komen mahu mengambil bayi comel ini sebagai anak angkat mereka. Bayi ini kelihatan begitu comel seusai diberikan susu dan dibersihkan.