[VIDEO] Wang Hantaran RM10k, Sasha Saidin Sah Bergelar Isteri dan Bakal Hijrah Ke UAE

Penyanyi dan pelakon, Sasha Saidin, selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hati, Sirhan Wahab, kira-kira jam 9.28 malam, pada Isnin dengan sekali lafaz. Memetik Berita Harian, Sasha,43, dan suaminya yang berusia 42 tahun itu telah dinikahkan adik kepada bintang berkenaan, Zain Saidin. Pada majlis berkenaan, pengantin perempuan menerima mas kahwin RM1,000 dan hantaran bernilai RM10,000. Sasha [...]

Selepas 8 tahun bergelar ibu tunggal, akhirnya penyanyi dan pelakon, Sasha Saidin, dengan sekali lafaz selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hati bernama Sirhan Wahab, pada malam Isnin.

Menerusi laporan Berita Harian, Sasha yang berusia 43 tahun dan suaminya yang berusia 42 tahun itu telah dinikahkan adiknya sendiri iaitu Zain Saidin.

Sasha telah menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 dan hantaran bernilai RM10,000.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MeleTOP (@meletop) on

Bersyukur majlis pernikahan berjalan lancar, Sasha memohon doa peminat dan orang ramai untuk kebahagiaan mereka berdua.

Menurut Sasha, perkahwinan ini umpama satu pengembaraan yang baru dan dia mengaku rasa gementar.

Sasha dan suami bakal berhijrah ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) kerana mengikuti suaminya yang bekerja dalam sektor kewangan di sana.

 

View this post on Instagram

 

Be mine as always Wedding day for Sirhan+Sasha. #malaywedding #wedding #reception #weddingmalaysia #weddingphotography #nikonz6

A post shared by Fadzlie Mohamad (@byfadzliemohamad) on

“Ia ibarat pengembaraan baharu yang bakal kami lalui. Namun, pada masa sama, saya rasa gementar,” katanya seperti yang dipetik.

Sasha memberitahu mereka berdua mula rapat sejak tahun lepas walaupun sebenanya mereka sudah berkenalan sejak di sekolah lagi.

Malah menurut Sasha, majlis pernikahan diraikan secara sederhana dan hanya mengutamakan perkara wajib terlebih dahulu.

“Semalam diadakan majlis khatam al-Quran di lokasi sama.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by The Glamorous Capture (@glamorouscapture) on

Tambah Sasha lagi, mereka berdua pernah melalui fasa perkahwinan sebelum ini dan mula rapat dengan suaminya ketika dia bergelar duda anak dua.

”Kami pernah melalui fasa perkahwinan sebelum ini. Ketika kami mula rapat, suami adalah duda anak dua,” katanya lagi.

Sebelum ini, Sasha telah mendirikan rumah tangga dengan Johan Abdullah pada tahun 2003. Walaubagaimanapun, mereka telah berpisah selepas kira-kira empat tahun bersama sebagai suami isteri.

Sasha kemudiannya berkahwin dengan warga Indonesia, Salyo Priyanto pada tahun 2007 tetapi jodoh mereka hanya bertahan sehingga tahun 2012.

Sasha dan Salyo telah dikurniakan seorang anak lelaki, Adam Aryasenna Notosoemarsono yang kini berusia 10 tahun.

Tahniah sekali lagi buat Sasha dan suami. Semoga ikatan yang terbina akan kekal hingga ke akhir hayat.

Video temubual Sasha Saidin dan suami