Mengaku Sepupu Balqis, Lelaki Ini Dakwa Balqis Dipergunakan dan Dideraa Ibu Bapa

Akhir akhir ini , kisah Puteri Balqis sedang hangat diperkatakan. Dugaan yang dihadapinya baru baru ini mendapat perhatian ramai pihak termasuklah rakan rakan artis yang lain. Ramai yang bersimpati dan sedih dengan nasibnya yang bukan sahaja sakit malah Aqish terpaksa menjual buku puisinya di jalanan demi kelansungan hidup.

Selepas kisah pahit manis kehidupannya dikongsi melalui Bersamamu TV3, Aqish menerima bantuan dan sumbangan daripada orang ramai  malah buku puisinya juga habis terjual.

Namun terdapat pelbagai spekkulasi yang kurang enak didengar dan menjadi satu tanda tanya disebalik kisahnya yang tular di laman sosial.

Ada juga netizen yang mempersoalkan kemana duitnya pergi semasa Aqish sedang aktif berlakon.

Baru baru ini, menerusi laman twitter, muncul seorang individu yang mengaku sebagai sepupu Puteri Balqis mendakwa pelakon cilik yang berbakat besar itu sebenarnya hidup dalam keadaan yang menderiita.

Selain digunakan untuk mendapatkan wang, Aqish juga sering dipukull dan dider4 oleh ibu bapanya sendiri.

Bapa balqis juga dikatakan tinggal dibawah jambatan setelah berpisah, dakwanya lagi.


Namun begitu, sejauh mana kesahihan dakwaan tersebut tidak dapat dipastikan. Malah netizen juga tertanya tanya kemana perginya bapa Aqish yang sehingga kini tidak menimbulkan diri walaupun kisah anaknya sedang menjadi bualan ramai.

Ada juga yang mempersoalkan mengapa Puteri Balqis tiba tiba menghilangkan diri dan menutup akaun instagram miliknya.

Walaubagaimanapun, kami harap Aqish sendiri dapat memberikan penjelasan agar dapat menutup segala spekkulasi dan menjawab segala tanda tanya para netizen.